ARTIS
=)Yoseob (Yang Yoseob-BEAST)
=)Ji Eun (IU)
=)Ki Oppa (Lee Hongki-FT ISLAND)
=)Sunkyu (Sunny-SNSD)
Ji Eun merebahkan dirinya ke atas katil, cuba mencari kewarasan di mindanya. Namun, cuma luahan hati HongKi, abang angkat kesayangannya bermain di kotak fikiran.
Oppa sayang Ji Eun. Tapi, bukan seperti sayang seorang oppa terhadap dongsaeng. Tapi, seorang lelaki kepada seorang wanita. Oppa harap, Ji Eun akan terima hati oppa. Jangan jawab sekarang.. Ji Eun fikirlah dulu.. Oppa faham.. Ya, kata-kata itulah yang telah diucapkan oleh Hongki kepadanya dan kata-kata itu jugalah yang membuatkan hatinya gusar sekarang.
“Nape dengan kau nie? Mengelamun je dari tadi? Ada masalah ke?”pertanyaan yang tiba-tiba daripada SunKyu membuatkan Ji Eun terkejut. Dia memandang muka kawan karibnya itu.
“Ala, kau nie kan. Benda macam tu pun kau nak risaukan gak? Kau terima jer lar dia.. apa susah?” selesai sahaja Ji Eun menceritakan masalahnya, SunKyu cuba memberi cadangan.
“Kau cakap senang ar. Kau bukannya tak tahu, siapa yang ada dalam hati aku nie,, yang selama ini aku suka..”Ji Eun melemparkan pandangannya ke luar tingkap bilik asrama sekolah.
Fikirannya tiba-tiba melayang kepada pertemuan pandang pertama dengan seorang sunbae di sekolahnya, mebuatkan dia terus jatuh cinta. Semenjak itu dia tidak pernah mampu untuk menerima lelaki lain dalam hidupnya.
Kalaulah aku boleh putar balik masa, aku tak akan mahu berjumpa dengan kau. Kau telah curi kunci hatiku, namun, mengapa kau tak pernah mencuba untuk membuka dan mengambil hatiku pergi? Ji Eun bermonolog dalam hati. Entah bila, dia tertidur dan terus dibuai mimpi.
SunKyu yang melihat kawannya itu cuma mampu mengeluh tanda kasihan.
Hari ini, sekolah berakhir seperti biasa. Para pelajar telah pun balik ke asrama untuk berehat. Namun, Ji Eun masih berada di dalam kelasnya. Kelihatan dia sedang menulis sesuatu di kertas dan melipatnya kemas.
Setelah itu, dia terus keluar dari kelasnya, lalu berjalan menuju ke kelas 4Sains1. Setibanya berada di pintu kelas tersebut, Ji Eun menjenguk ke dalam.
Yes, there is no one here! Jerit hati Ji Eun kegembiraan. Dia terus mengorak langkah kakinya menuju ke tempat duduk YoSeob, si jejaka yang telah bertakhta di hatinya.
Ji Eun sudah berazam untuk meluahkan perasaannya terhadap Yoseob. Tetapi, jika YoSeob memberikan respond yang negative, dia akan mengalah dan akan membuka hatinya untuk HongKi.
Ji Eun membuka laci meja YoSeob dan mengambil sebuah buku yang berada di dalamnya. Tanpa disangka, Ji Eun terambil buku diari YoSeob.
Mungkin dia tertinggal buku nie tadi kot..hehehe…nak tahu apa yang dia tulis dalam nie..baca lah..kedengaran suara nakal hati Ji Eun berbisik.
I miss you..even you are at my side..
I always want to be with you..
Forever, this love is for you.. my princess..
“Hei!kau buat apa tu?”kedengaran suara yang mengertak Ji Eun dari belakang membuatkan buku yang dipegangnya jatuh.
Ji Eun terkejut. Tanpa menoleh, dia bergegas keluar melalui pintu belakang kelas 4Sains1. Air mata laju mengalir melalui matanya.
Kenapa aku bodoh sangat? Rupanya, YoSeob dah ada girlfriend! Apa yang aku fikir selama ini?! Ji Eun menjerit dalam hatinya.
“Siapa pulak budak tu? Jap, apa benda pulak nie?”rupanya, orang yang telah menegur Ji Eun tadi ialah YoSeob. Dia terus mengambi buku diarinya dan surat yang ada di atas lantai.
“ Mungkin budak tu tertinggal surat nie tadi kot,”dia sendiri kurang pasti.
YoSeob mebuka surat tersebut dan membacanya. Di bibirnya, terselit senyuman misteri, antara suka atau tidak. Namun senyuman itu mati tiba-tiba.
Budak tu mesti Ji Eun..eh, jap! Diari aku! Dia baca diari aku! YoSeob terus keluar, mencari kelibat Ji Eun. Namun, hampa. Ji Eun sudah pun lama meninggalkan tempat itu.
“Kau dah fikir betul-betul ke nie?”Sunkyu menyoal.
“A ar.. aku dah fikir betul-betul..aku yakin yang Ki Oppa betul-betul sayangkan aku..”jawab Ji Eun lemah.
“Tapi, YoSeob macam mana?”Sunkyu terus bertanya.
“Dah lah..aku tak nak dengar nama dia lagi..kau pun tahu apa yang aku baca dalam diari dia hari tu..dah sah-sah yang dia tu ada kekasih..kau tolong lah bagitahu Ki Oppa yang aku nak jumpa dia esok lepas sarapan kat kelas aku..lagipun, esok kan Sabtu..tak da masalah kan?”Ji Eun sudah pun membuat keputusan untuk memilih HongKi. Mungkin, dia lah yang terbaik.
“Hai..”kedengaran satu suara menegur Ji Eun dari belakang.
Ji Eun menoleh. Dia panik apabila mendapati orang tersebut bukanlah HongKi, tetapi YoSeob.
“Sunbae, awak buat apa kat sini?”dengan tergagap-gagap, Ji Eun bertanya.
“Awak rasa?hahaha,,tak pe..jangan risau..saya datang sini sebab Ki Hyung yang suruh..”YoSeob menjawab sambil ketawa kecil.
“Oops..sorry,,sunbae…saya rasa Ki Oppa dah salah cakap kot..saya pergi dulu..”Ji Eun hendak beredar tapi tidak sempat. YoSeob lebih cepat menarik tangannya dan mengarahkannya untuk duduk.
Ji Eun akur dan terus duduk bertentangan dengan YoSeob. Kemudian, YoSeob mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluarnya.
Mata Ji Eun membulat apabila melihat benda yang berada di tangan YoSeob. Surat yang ditulis olehnya untuk YoSeob..luahan hatinya berada dalam surat itu. Ji Eun berasa sangat malu. Dia terus merampas surat itu dari YoSeob.
“Sunbae, saya dapat jelaskan..saya..surat..saya..”Ji Eun tidak mampu berkata lagi.
“Saya suka awak..”kata-kata itu membuatkan Ji Eun terkejut. Dia memandang tepat ke mata YoSeob.
“Sunbae?”Ji Eun bertanya kurang pasti.
“Please, don’t say anything that you are force too.. I have to go,”air mata Ji Eun mengalir bersama-sama dengan langkah kakinya.
“Please don’t cry.. If you really want to know, this is your answer..” langkah kaki Ji Eun terhenti apabila mendengar kata-kata YoSeob.
YoSeob menghulurkan buku diarinya kepada Ji Eun. Dengan teragak-agak, Ji Eun mengambilnya.
“Read what had you read before.. I am sure that you will know what I meant..” YoSeob memberikan satu senyuman manis di bibirnya.
Forever, this love is for you.. my princess..
Ji Eun,, you are my lady..
Itulah sambungan kata-kata yang Ji Eun baca dulu. Dia memandang YoSeob dengan penuh persoalan. Namun, tiada satu patah pun perkataan yang keluar dari mulutnya.
“I miss you..even you are at my side..I always want to be with you..Forever, this love is for you.. my princess.. Ji Eun,, you are my lady..” YoSeob terus mendakap Ji Eun dengan erat.
“Sunbae tak menyesal ke dengan apa yang sunbae lakukan ni?”soal SunKyu kepada HongKi. Mereka berdua yang melihat dari jauh telah pun merancang semuanya.
“Jika itu untuk kebahagian Ji Eun, it’s okay..” HongKi menjawab dengan senyuman pasti.
.
best...love it...
ReplyDeletethankz...wait for another story that i'll post..!!anyway,,if u have any idol that u want to match up in my story,,tell me..!i'll do it for u..!! <3
Delete