-->

For All Kpoppers

blog ini menampilkan cerita2 yang menarik..cumalah karya biasa..tapi,,watak2nya adalah dari idola2 kpop..!!hope u enjoy it..!!

Sunday, June 14, 2015

It sure very HECTIC

It's really a LONG while since I last posting about stories in this blog. and , I do think, now . I am too busy too make up stories even if I want too. well yeah. Now, and soon. I will be 19 years old and I will sure busy with all the study. So, I will trying to make this blog as my "open diary". how's that sounds? cliche? hahaha .
Posted by ellia at 11:44 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 26, 2013

hE iS me,,Me iS hiM..!!

STARING...
1/ JO KWANGMIN_(BOYFRIEND)
2/ JO YOUNGMIN _(BOYFRIEND)
3/ RYU HWAYOUNG_(EX - T ARA)
4/ RYU HYOYOUNG_(5 DOLLS)




Suasana di dalam kelas yang bising itu tiba-tiba menjadi senyap. Semua meluru ke tempat duduk masing-masing apabila melihat guru kelas mereka, Cikgu Hyorin masuk.
       “Selamat pagi cikgu”ucap ketua tingkatan diikuti dengan pelajar yang lain.
       “Selamat pagi..sila duduk.."ujar Cikgu Hyorin.
"okay kelas.. Hari ni, awak semua akan ada rakan baru..silakan masuk”ucap Cikgu Hyorin sambil tersenyum.
       Pelajar-pelajar lain mulai menepuk tangan masing-masing tanda menyambut kedatangan pelajar baru tersebut. ada yang memukul meja menambahkan lagi kebisingan yang sedia ada. Namun, tepukan mereka berhenti apabila melihat pelajar tersebut.
       “Annyeong.. nama saya Jo Youngmin.. saya berpindah dari Amerika. Saya harap awak semua sudi berkawan dengan saya..”Youngmin memperkenalkan dirinya sambil tersenyum.
       Semua pelajar terdiam. Masing-masing terus berbisik antara satu sama lain dengan penuh persoalan.
"Jo?"kedengaran satu suara.
       “Dah..dah..Cikgu tahu apa yang bermain dalam otak korang..cikgu pun hairan..apa2 pun,, Youngmin,, sila duduk kat kerusi kosong kat sebelah budak yang tengah tidur tu..tolong bangunkan dia, okay?” arah cikgu Hyorin.
       Youngmin menganggukan kepala lalu berjalan ke arah tempat yang di maksudkan. Langkahnya diperhatikan oleh pelajar-pelajar lain .namun, dia tidak mengendahkan mereka.
       “hei..hei..cikgu suruh bangun,”Youngmin cuba membangunkan budak yang tengah tidur itu. Tetapi, kelihatan, budak tersebut masih lena dibuai mimpi.
       “Tidur ke mati budak ni?”rungutnya dalam hati.
       Dia mengetuk meja budak tersebut dengan kuat. Budak tadi terkejut lalu terjaga.
       “Kau dah giler ke? Nak tercabut……”kata-kata Kwangmin terhenti apabila melihat mukanya sendiri.
       “Argh…………!!!!!!!!!!!!!”kedua-duanya menjerit kuat.

****************************
       Macam mana ada orang yang sama muka macam aku? Dah lak tu, nama keluarga pun sama.. siapa budak tu? Berbagai-bagai soalan yang bermain di fikiran Kwangmin, namun, tiada soalan bagi persoalan tersebut.
       “Ah..lantaklah…”katanya lalu menyepak kuat tin kosong yang menganggu perjalanannya.
       “Aduh…ya!”jerit Hyoyoung sambil menunjuk ke arah Kwangmin. Dia memegang kepalanya yang sakit akibat daripada terkena tin yang disepak oleh Kwangmin tadi.
       Kwangmin terkedu. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Bukan disebabkan dia takut, tetapi dia mempunyai perasaan terhadap Hyoyoung. Selama ini, dia tidak pernah betegur sapa dengan Hyoyoung walaupun Hyoyoung adalah junior di sekolahnya.
       “Sunbae nie nape? Tak nampak ke saya jalan kat depan nie? Dah buta?”gertak Hyoyoung dengan marah.
“Sunbae dengar tak saya nie?”ulang Hyoyoung marah. Apabila tiada jawapan dari Kwangmin, Hyoyoung menghentak kakinya dengan perasaan marah lalu pergi meninggalkan Kwangmin yang masih terdiam.
       “Bodoh lah kau nie Kwangmin Kenapa kau tak cakap dengan dia tadi? Peluang tu, kau lepaskan je?” dia mengutuk dirinya sendiri selepas tersedar Hyoyoung sudah lama berlalu pergi.
       “Tak pe..esok ar aku minta maaf kat dia..hehe”Kwangmin mulai merancang sesuatu sambil tersenyum.
************************************
       “Dear..How’s school? Great?” Tanya Puan Bora kepada anak kesayangannya, Youngmin.
       “it’s daebakl! Anyway mom, at school, there is someone that look like me..exactly! his face and also his surname! That is too coincidence, right mom?”Tanya Youngmin.
       “it could be!Who know world dear? Anyway, what his name?”Puan Bora menyoal setelah lama menyusun bicara.
       “Kwangmin.. Jo Kwangmin.. it’s weird right?”kata-kata Youngmin membuatkan jantung Puan Bora berdegup kencang. Ya, mungkin sudah tiba masanya. bisik hati kecilnya.

***************************************
(16 tahun yang lalu)
“Anak puan harus dirawat segera..jantungnya memerlukan pembedahan..jika tidak, puan mungkin akan kehilangan dia.” Puan Sunhwa memandang Kwangmin dengan perasaan sayu. Dia miskin, macam mana hendak mencari wang untuk membayar bil pembedahannya?
       Disebakan itulah, dia tidak mempunyai pilihan lain, melainkan menjual Youngmin, anak kembarnya kepada seorang janda kaya yang tiada anak.
       “tolong jaga Youngmin dangan baik. saya ada dua permintaan. bolehkah puan lakukannya?"pinta Puan Sunhwa.
Puan Bora cuma mengangguk.
"tolong jangan tukar nama dia. biarlah namanya tetap JO YOUNGMIN. dan , satu lagi. nie , gambar ayahnya. saya harap, walaupun dia tak mengenali siapa diri saya, namun, dia tahu, siapa ayahnya." puan Sunhwa menangis teresak.
"Maafkan ibu nak..ibu sayangkan kau..tapi,,ibu tak ada cara lain lagi..berkorbanlah demi adik kamu..”gumamnya dalam hati apabila Youngmin dibawa pergi oleh Puan Bora. 
*************************************
        “Nah..”Kwangmin meletakkan aiskrim kegemarannya ke atas meja Hyoyoung.
       “Apa ni?”Tanya Hyoyoung hairan.
       “Sunbae minta maaf tentang hal semalam..kepala Hyoyoung okay?”Tanya Kwangmin malu.
       Hyoyoung ketawa kecil. Dia suka melihat perangai Kwangmin yang malu-malu itu. Nampak comel!
       Sejak itu, Kwangmin dan Hyoyoung mulai berkawan rapat. Mereka sering keluar bersama pada hujung minggu.

       Rilek Kwangmin..kau mesti luahkan perasaan kau pada Hyoyoung hari nie jugak! Jerit Kwangmin dalam hati ketika dalam perjalan menuju ke rumah Hyoyoung.
       Tiba-tiba, langkahnya terhenti apabila melihat Hyoyoung berpeluk dengan Youngmin di depan rumah. Bunga yang dipegangya terjatuh dari genggaman. Dia terkejut.
       Satu tumbukan hinggap ke muka Youngmin.
       “hei..kau nie nape?”Tanya Youngmin hairan sambil memegang pipinya yang sakit.
       “Kenapa kau peluk Hyoyoung aku?!”Kwangmin hilang sabar.
       “Apa kau cakap nie? Bila pulak aku peluk Hyoyoung?” Youngmin bangkit.
       “Habis, kau peluk dengan hant….”ternganga mulutnya apabial melihat dua Hyoyoung.
       “Sunbae!”jerit Hyoyoung.
       “Annyeong..”ucap gadis di sebelahnya sambil tersenyum.
************************************
       “Aku mintak maaf..mana lah aku tahu Hyoyoung ada kembar..dia tak pernah bagitahu pun..”Kwangmin memecah kesunyian ketika dia dan Youngmin berjalan pulang. Baru dia tahu, Hyoyoung mempunyai seorang adik kembar, Hwayoung.
       “Tulah kau..lain kali,, Tanya dulu..nie tak,,main serbu jer..kan,,aku jadi mangsa..”rungut Youngmin.
       “Sorry,,untuk tunjukkan rasa bersalah,, apa kata kau balik rumah aku..aku tolong kau sapu minyak kat muka tu hah,,”seraya itu, Kwangmin memicit lebam pada muka Youngmin sambil ketawa.
       Youngmin terjerit kecil. Dia tertawa lalu mengangguk tanda setuju.

       “Sorry ar,,rumah aku tak besar or cantik macam rumah kau..aku tinggal kat sini ar..dengan mak aku jer..ayah aku meninggal ketika aku dalam kandungan…”kata Kwangmin lalu mempelawa Youngmin masuk ke rumahnya.
       “Mak,,kawan Min datang nie!”jerit Kwangmin.
       Youngmin melihat ke dalam rumah. Tiba-tiba, sekeping foto yang dilekat pada dinding rumah tersebut menarik perhatiannya.
       “si…siapa?”Tanya Youngmin sambil menunjuk kea rah foto yang dimaksudkan.
       “Itulah ayah aku..hensem kan?macam aku..hahaha”jawab Kwangmin bangga.
       “Ayah…kau..?”Youngmin merasakan dunianya kini berputar.
       “Anakku!!!!”jerit Puan Sunhwa apabila melihat Youngmin terjatuh ke atas lantai.
       “Apa?” Kwangmin hairan.

****************************
       “Mak mintak maaf Youngmin. Mak tahu mak salah.. maafkan mak..”pinta Puan Sunhwa.
       Kwangmin hanya terdiam apabila mendengar ibunya menceritakan segala-galanya. Tidak disangka, lelaki yang baru sahaja ditumbuknya tadi adalah darah dagingnya sendiri.
       “Entahlah mak cik..saya..maafkan saya..saya pergi dulu..”Youngmin beredar sebelum menghabiskan ayatnya.
       Hatinya sakit apabila mengenangkan dia dijual oleh ibu kandungya sendiri. Dia berasa amat tidak dihargai.
       Kwangmin mengejarnya dari belakang.
       “Youngmin! Aku tahu, kau mesti tengah marah..apa-apa pun, thankz..sebab kau,, aku masih boleh hidup..”katanya lalu memeluk Youngmin erat.
       Hati ego Youngmin tersentuh dengan ucapan ikhlas dari Kwangmin, namun, dia  tidak membalas. Dia hanya berlalu pergi tanpa menoleh.

************************************
       Keesokan harinya, Youngmin datang dengan Puan Bora.
       “saya sangat sayangkan Youngmin.. saya dah anggap dia macam anak saya sendiri. Tetapi, tahun nie, dia dah 17 tahun.dia harus tahu asal usulnya sendiri.Sekarang, saya serahkan dia balik..Youngmin, mom hope u will never forget me..ajak Kwangmin sekali sekala balik rumah kita tau..”Puan Bora mencium pipi anak kesayangannya itu. Berat hatinya ingin melepaskan Youngmin.
       Tapi, kerana itu jugalah dia kembali ke Korea. Youngmin perlu menemui keluarga kandungnya.
"Mom, why rush? why dont we all stay at our house? you are always my mom..and, she is my omma..both of you are the same."jelas Youngmin sedih.
"Puan Sunhwa tak kisah ke?kalau puan dan kwangmin tinggal kat rumah kami?"tanya Puan Sunhwa sambil tersenyum.
"saya tak kisah. asalkan, saya dan kwangmin tak akan berpisah lagi dengan youngmin."jawabnya ikhlas, sambil memeluk youngmin dan kwangmin erat.
       “dah..dah...tak yah nak sedih2 lagi..Youngmin..jom ki..Ouch! apa nie?”jerit Kwangmin marah apabila Youngmin tiba-tiba memukul kepalanya.
       “Apa Youngmin Youngmin? Hyung, okay?”kata Youngmin lalu disambut oleh tawa Kwangmin.

      

      
        






Posted by ellia at 7:19 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, November 18, 2012

Friend,, I LOVE U..!!


               
Pelakon..
1/ Kevin (Woo Sung Hyun_U kiss)
2/ Iu (Lee Ji Eun)
3/ Suzy (Bae Soo Ji_Miss A)
4/ Sandara (Park Saandara_2ne1)
5/ Minzy (Gong Minji_2ne1)




                Iu  melihat Kevin dan Suzy sedang berjalan bersama-sama menuju ke kantin sambil berbual. Perasaan cemburu mula menjalar dalam jiwa. Walaupun Kevin cuma sahabat karibnya sejak tahun pertama di universiti, namun, dia tidak dapat menafikan bahawa dia mulai menyukai temanya itu.
                Oleh sebab itulah perasaan cemburu itu menguasai dirinya. Dia pernah mendengar khabar mengatakan bahawa Suzy dan Kevin bercinta. Pernah juga dia mengutarakan soalan itu kepada Kevin, namun jawapan Kevin cuma menambahkan lagi persoalan dalam benak fikirannya.
                “Kalau kau dengar aku ada apa-apa hubungan istimewa dengan perempuan lain, itu semua tidak  benar, “ tegas suara Kevin untuk meraih kepercayaan Iu. Tapi, apa yang dimaksudkan oleh Kevin?
“Hubungan istimewa dengan perempuan lain? “adakah Kevin benar-benar mempunyai kekasih? Satu saolan yang tidak dapat dirungkaikan oleh Iu dari dulu hingga sekarang. 
“Kau nie nape? Aku tengok dari tadi macam orang tengah angau. Kau ingat kat sape tu? Aku erk? “ Iu kembali ke alam nyata. Dia terkejut melihat muka Kevin yang sudah berada di hadapan mukanya. Mukanya merah menahan malu.
“a ar…aku tengah angau..angau bercinta dengan sorang mamat nie “ Iu menjawab dalm kegugupan. Matanya sengaja dilarikan dari pandangan Kevin.
Berkerut dahi Kevin mendengar pernyataan yang kawannya itu. Setahunya, Iu tidak mempunyai kekasih.
“Siapa ? “ ringkas soalan Kevin meminta kepastian.
“Ala… siapa lagi kalau bukan Yoseob..! Vocalist kumpulan B2st tu…dia dah lamar aku kelmarin..hujung bulan nie nanti,  kitorang kahwin! “ jawapan Iu mengundang ketawa Kevin.
"Kau nie kan...sengaja nak makan kaki aku nie...hahaha" Kevin ketawa senang.
Dalam hati , Iu gembira akan keakraban mereka berdua. Namun, dia tidak pasti. Bagaimanakah persaan Kevin terhadap dirinya? Adakah sekadar teman, atau, Kevin juga menyukai dirinya?

Iu tengah khusyuk membaca buku di biliknya. Tiba-tiba, tumpuannya terganggu apabila pintu bilik diketuk kuat. Pintu dikuak. Suzy masuk lalu  duduk berhadapan dengan Iu. Iu memandang Suzy sekilas, namun tidak mempedulikannya. Dia meneruskan bacaanya yang terganggu sebentar tadi.
              “Cantik tak? “ Suzy menayangkan cincin yang tersarung di jari manisnya.
                “wow…cantik betul…kat mana kau beli nie? Pasti mahalkan? “ Iu mula menunjukkan minat. cincin perak itu sangat menarik perhatiannya.
                “thanks..nie,, Kevin bagi..dia baru jer luahkan perasaan kat i tadi.i tak tolak sebab dia nampak bersungguh-sungguh. Tak sampai hati i nak patahkan ahti dia, “ Suzy menjelaskan dengan bangga.
                Iu terdiam mendengar jawapan Suzy. Dia mencari kebenaran melalui raut wajah Suzy, namun hampa. Wajah Suzy sukar ditafsir.
                “So, sekarang nie, u mesti faham kan kenapa I jumpa u? “ suzy menyoal apabila kata-katanya tidak menjawab sebarang jawapan daripada iu.
                “Kau nak aku jauhkan diri aku daripada dia? “ Iu meneka.
                “ha..baguslah kalau u tahu.i pun malas nak buang masa..ingat,, ini amaran dari i. Jangan dekati Kevin lagi. Dia boyfriend i! “ Suzy menekankan perkataan BOYFRIEND agar Iu faham kedudukan Suzy di hati Kevin. Dia berlalu pergi dengan senyuman yang meleret.
                Namun, Iu pula sebaliknya. Air mata sudah mengalir di pipi moleknya. Adakah benar kata- kata itu? Jika benar, mengapakah Kevin tidak memberitahu kepada iu tentang perkara tersebut? Tapi, tidak mungkin bohong. Cincin yang tersarung pada jari manis Suzy itu adalah bukti.

                

                    Panggilan Kevin tidak diendahkan oleh iu. iu melajukan langkahnya untuk mengelak daripada kevin. Kevin hairan dengan sikap dingin Iu. Tidak pernah pula Iu membuatnya begitu.
                “aku ada buat salah ke?” soalan yang Kevin sendiri tidak tahu akan jawapannya.
               
                Kini, genap seminggu Kevin dan Iu tidak bertegur.setiap kali Kevin cuba mendekati Iu, Iu mulai melarikan diri. bukan setakat itu, malah SMS dan panggilan telefon tidak satu pun berbalas. Kevin mulai mati akal.
                Kebetulan, dia sedang berada di perpustakaan untuk mencari buku. Namun, masalahnya dan Iu bermain di fikiran membutakn Kevin tidak senang duduk. Dia baring di satu sudut.  cuba mengingatkan,  kalau-kalau ada perbuatannya yang salah dimata Iu.
                “kau tahu tak, Suzy cakap kat aku yang dia dan Kevin tu bercinta ?” satu suara yang datang di bahagian rak buku menarik perhatian Kevin. Dia terus memancing telinga untuk mendengar dengan lebih jelas.
                “Suzy ada gak cakap dengan aku hari tu, Kevin bagi kat dia cincin,,tanda ikatan percintaan mereka..romantik jugak mamat tu kan ? “ Kevin tidak mampu bertahan lagi. Dia berjalan ke arah dua orang pelajar perempuan yang tengah bercerita .
                Sandara dan Minzy terkejut.
                “apa maksud korang? “ Kevin menyoal. Pada mulanya, mereka tidak berani hendak bercerita. Setelah dipaksa, barulah mereka akur. Sandara menceritakan segala-galanya.

                               
        “kenapa kau buat benda bodoh nie? “ Kevin menyoal sambil tersenyum. Dia tahu,  kemarahan tidak dapat menyelesaikan masalah.
“coz I love u! I tak nak kalau u dan minah tu bercinta.! I tau u ska kat dia, dan dia pun cmtu gak. Sbab tu lar I buat cmnie!” lambat2 Suzy menjawab.
             “tapi, kau sanggup buat2 cerita?” Kevin membentak. Suzy terdiam.
  Kevin ingin berlalu namun pertanyaan Suzy menghentikan langkahnya.
  "Kevin, tak ada lagi ke ruang untuk I di hati U? tak dapat ke U bukak hati U untuk I?"soal Suzy.
 “Sorry Suzy. Aku hanya suka kan Iu. She just the only one for me! “ kata-kata Kevin menyayat hati suzy. hatinya pedih apabila kata-kata itu keluar dari mulut Kevin.
                Kevin meninggalkan Suzy yang masih membatu. Kini, dia harus mencari Iu untuk menyelesaikan salah fhm tersebut. Tidak sukar hendak mencarinya. Tidak sampai lima minit, dia sudahpun menemui Iu di tempat kegemaran Iu, bumbung universiti. tempat itulah di mana Iu selalu pergi jika berada dalam keadaan runsing, marah ataupun sedih. di situlah dunia Iu yang ke"dua".
                Kevin menapak dengan berhati-hati untuk mendekati Iu. Dia tidak mahu Iu perasan akan kehadirannya.
                “Kau tengah buat apa tu? “ pertanyaan Kevin mengejutkan Iu. Dia ingin berlalu tapi Kevin lebih cekap. Dia menarik tangan Iu dengan erat. Iu tergamam.
                “Kau nie bodoh betul lah..kenapa pelajaran kau pandai,? Tapi, benda macam nie kau bodoh pulak? “ Kevin bersuara dengan nada menyakitkan hati. Sengaja dilakukan begitu agar Iu memahami perasaannya.
                “apa maksud kau?” soal IU. 
                “kau tak ingat ke aku pernah cakap? Kalau kau dengar aku ada apa-apa hubungan istimewa dengan perempuan lain, itu semua tidak  benar, “ Kevin cuba mengingatkan kembali. Anggukan IU melegakan perasaannya.
                “so?” iu kurang mengerti.
                “aku sukakan kau lr..Only U.. Cerita aku dan suzy tu tak benar. Dia sengaja mereka cerita agar kau lari dari aku..tak sangka pulak kau percaya... “ kata-kata Kevin membuatkan Iu tergamam.
                “jangan main-main lar! “ Iu segera menepis tangan Kevin yang masih erat memegang tangannya. dia gelabah apabila mendengar pengakuan daripada Kevin.
                “aku tak main2 lar! Ini bukti cinta aku! “ Kevin melutut sambil mengeluarkan sebentuk cincin dari poketnya. Iu terpaku.
                “Will you be mine? “ soalan Kevin disambut dengan linangan air mata Iu. 
                "Kau dah gila ke?" Iu memukul kepala Kevin dengan lembut.
                Kevin tidak faham lalu mengerutkan dahinya.
                "Jangan lah nak romantik sangat dengan aku..geli aku..bak sini cincin tu...aku tak nak jadi milik kau..aku nje milik mak bapak aku tau.."gurau Iu.
                Kevin tersenyum, menampakkan lesung pipitnya yang comel. Dia gembira kerana luahan hatinya diterima oleh Iu. Dia berharap, cinta antara mereka berdua akan berkekalan.
                “Friend,, I really in love with u!”jerit Kevin lalu memeluk erat Iu.
Posted by ellia at 11:40 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, August 22, 2012

b0yfriend or playb0y..??

BABAK 3 (BABAK AKHIR)

ARTIS
=) GIKWANG (LEE KI KWANG - BEAST)
=) JIA (MENG JIA - MISS A)
=) ELI (KIM KYOUNG JAE - UKISS)
=) HYUNA (KIM HYUNA - 4 MINUTE)







Jia merenung ke luar tingkap biliknya. Hujan yang turun bagaikan memahami perasaannya yang kini suram. Ingatannya terus kembali kepada perbualan Hyuna dengannya semalam.
*********************
       “Jia..kau kenapa?” soal Hyuna. Dia mengusap belakang Jia untuk menenangkannya.
Jia melihat ke arah kawannya.
“Hyuna, aku nak Tanya kau sesuatu boleh? Kau jawab jujur ea?”Jia meminta.
“Kau nak Tanya apa”Hyuna menjawab.
“Kau tahu siapa Gikwang?” jia menduga.
“Gikwang?”soalan Hyuna dibalas dengan anggukan Jia.
“kenapa kau tetiba Tanya tentang budak tu? Apa yang dia dah buat kat engkau? Kau nangis sebab budak tu ke?”bertalu-talu soalan keluar dari mulut Hyuna.
“Jawab jer lar..nanti aku ceritakan,”pinta Jia.
“A ar..kenal lar..Siapa tak kenal dengan mamat perasan handsome tu??eh jap! Memang handsome..sweet pulak tu..hehe..anyway, dia playboy terkenal dekat university kita nie..nape? dia kacau kau ke? Apa yang dia buat?” terang Hyuna.
Jia yang mendengar terkejut dengan pernyataan itu. Dia tidak menyangka kata-kata Eli sebentar tadi adalah benar. Rupanya selama ini Gikwang Cuma main-mainkan perasaannya sahaja.
Tetapi, jika difikirkan lagi, Gikwang tidak pernah sekalipun meluahkan perasaannya terhadap Jia. Mereka cuma bercinta dalam fikiran Jia semata-mata. Hakikatnya, mereka hanyalah teman tapi mesra!
Tiba-tiba, lamunannya mati apabila ringtone lagu Touch dendangan Miss A dari telefonnya bordering. Tertera nama Eli di skrin. Dengan malas, dia menekan punat terima.
“Yoboseyo?”jawab Jia.
“Thanks God..akhirnya U angkat gak call I..U okay?nape tak angkat time I call tadi..argh…nevermind…yang penting, U okay..”kedengaran suara Eli sedikit lega.
Jia sangat memahami perasaan Eli yang amat menyayanginya. Ya, bagi Eli..dialah segalanya. Namun, tidak bagi Jia. Eli hanyalah suku daripada dirinya. Yang selebihnya, hanya Tuhan yang tahu.
“I okay..dont worry,,”sahut Jia.
“U want to go out Jia? I want U to let off your depressed..”pelawa Eli.
“Nope..maybe next time..”Jia menolak. Dia tidak mampu untuk bertentang mata dengan Eli. walaupun Jia tidak setia, tetapi, Eli masih melayannya dengan baik. Jia menyalahkan dirinya sendiri kerana berlaku curang.
“Okay..but,, U have to promise me,,don’t make anything silly..”Eli cuba mengingatkan. Jia ketawa kecil.
“I’m not a kid..dont concern about me too much..think about yourself too,,oppa…”buat pertama kalinya, Jia memanggil Eli dengan gelaran OPPA. Bukan Eli tidak pernah meminta, namun, Jia berasa janggal hendak memanggil Eli dengan gelaran tersebut.
“What did U call me just now Jia?”Eli bersuara kurang pasti.
“Oppa,,I’ve to go now..Will call U later, okay..daa…”cepat-cepat Jia menghentikan perbualan.
Yes..oppa..Eli,, I will try to open my heart for U..

       

     Hyuna datang menghampiri Gikwang yang sedang berbual dengan beberapa orang gadis di pondok bacaan.
       “hei..playboy,,kau nie kan..ada masa lagikan nak berbual-bual kat sini lepas lukakan hati kawan aku?”tanpa memberi isyarat, Hyuna terus mencengkam kolar baju Gikwang.
       Gikwang panic, tapi, mebiarkan saja. Perkara seperti ini bukan kali pertama berlaku. Dah beberapa kali dah..
       “Okay,,before that..explain me,,why did u do this to me?”soal Gikwang.
       “oh..lepas kau buat bestfriend aku menangis sampai tak tentu arah..kau boleh Tanya kenapa?”Hyuna menengking Gikwang.
Dalam hatinya, hendak saja dia menumbuk muka Gikwang yang perasan kacak itu. Tapi, niatnya terpaksa dipendam. Tak pasal-pasal, dia pulak yang kena denda oleh pensyarah sebab buat kecoh dalam kawasan university.
“Your bestfriend? Who?”sekali lagi Gikwang menyoal. Dia memang tidak mengerti walau sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut Hyuna.
“siapa lagi kalau bukan Jia? Oh..lupa pulak..kau kan mamat playboy kan sini kan, mana nak ingat mangsa-mangsa kau!”Hyuna menyindir.
Namun, sindiran pedas Hyuna tidak memberi kesan dalam hati Gikwang. Gikwang lebih merisaukan keadaan Jia.
“Macam mana dengan keadaan Jia? Jia okay? Dia tak apa-apa kan?”bertubi-tubi soalan yang diutarakan oleh Gikwang.
Hyuna segera melepaskan cengkaman di kolar baju Gikwang. Dia pelik apabila Gikwang seakan-akan begitu ambil berat akan Jia.
“Kau demam k?Kau salah ambil ubat?Nape kau kisah sangat dengan Jia?taktik baru kau nak pikat perempuan k?”Hyuna menduga.
“Aku suka kat dia!”jawapan yang membuatkan Hyuna terkedu. Tak sangka pulak kata-kata cinta boleh keluar daripada Gikwang.
       “Jia..jom keluar makan. Aku belanja..”Hyuna cuba memancing.
       “Tak nak lar..aku malas nie..”jawab Jia jujur.
       “ala..kau tak sayangkan aku lagi k?kau dah tak nak kawan ngan aku lagi erk?sampai hati kau..huhuhu..”hyuna memujuk dengan gayanya yang comel. Dia tahu, dengan cara ini, Jia tak mungkin akan menolak pelawaannya.
       “guna lagikan taktik kotor kau tu..ala..jom lah!”persetujuan Jia disambut tepukan kecil dari Hyuna. Huh, berhasil lagi taktik aku nie.. katanya dalam hati.
       “Kita nak makan kat mana?”Jia menyoal sambil membetulkan topi yang dipakainya.
       “Aku nak makan kat kafe baru yang kat depan university kita nie..aku tengok, macam sedap jer..ramai gak orang datang kat sana tau..”jawab Hyuna lalu menarik tangan Jia. Dia teruja apabila membayangkan drama yang akan berlaku di kafe tersebut nanti.
       “Sorry Jia..aku terpaksa tipu kau..”bisik hati kecil Hyuna. Dengan cara itu saja, dia akan dapat menyatukan cinta antara Jia dan Gikwang.

*************************
“Aku suka kat dia!”jawapan yang membuatkan Hyuna terkedu. Tak sangka pulak kata-kata cinta boleh keluar daripada Gikwang.
“Hah?”dahi Hyuna sudah pun berkerut meminta penjelasan.
“Aku tak tahu macam mana..aku just..I mean,,i…entah..perasaan tu tetiba jer datang..sedangkan, aku tak minta semua tu berlaku..”Gikwang menjelaskan. Walaupun penjelasannya kedengaran kurang pasti, tapi, perasaanya terhadap Jia adalah benar.
“Habis tu, yang kau masih lepak kat sini dengan perempuan-perempuan ni semua, kenapa?”Hyuna menunjuk ke arah sebuah kumpulan yang duduk bersama dengan Gikwang sebentar tadi.
“Mereka kawan sekelas dengan Jia..aku Tanya diorang tenatng Jia. Aku nak luahkan perasaan aku dengan Jia,,tapi,,aku tak tahu macam mana..sebab tu lah aku minta tolong diorang..”penjelasan Gikwang disambut Hyuna dengan ketawa.
“ala…tak mungkin kau tak tahu macam mana? Hello?? Kau nie playboy terkenal lar..tak mungkin kau tak tahu macam mana nak pikat perempuan? Kenapa? Tak sempat nak belajar ke macam mana nak pikat perempuan?”Hyuna ketawa kecil.
“Aku tahu..tapi,,aku nak lakukan sesuatu yang Jia akan ingat buat selama-lamaynya..kerana, Jia teramat istimewa bagi aku..”Hyuna menatap mata Gikwang. Dia dapat merasakan Gikwang ikhlas apabila mengatakan kata-kata itu sebentar tadi.
“kalau macam tu, aku akan tolong kau..”Gikwang mengalihkan pandangannya ke arah Hyuna. Seakan-akan tidak percaya bahawa Hyuna akan menolongnya.
“Tapi, kita kena jumpa dengan Eli dulu.. kau mesti settlekan perkara nie baik-baik..”arah Hyuna. Gikwang hanya bersetuju.

       “Kau yakin kau boleh bahagiakan Jia?”serius Eli menanyakan soalan terhadap Gikwang.
       Anggukan Gikwang seakan-akan meruntuhkan satu tembok kecurigaan di hati Eli. tak tahu mengapa, tapi, Eli amat percaya dengan Gikwang.
       “Kalau begitu, aku serahkan Jia kepada engkau. Jagalah dia dengan baik. Kalau kau boleh buat dia gembira, aku sedia untuk mengalah.
       “Terima kasih, Eli..aku tak akan hampakan kau..”Gikwang memeluk Eli tanda persahabatan yang baru terjalin. Eli membalasnya dengan erat.  
       “Jia..aku doakan kau bahagia selalu..”doa Eli dalam hati.
**********************
       “Eh ..hello…kau tak dengar kea pa yang aku Tanya kat kau nie?” Jia menyiku lengan Hyuna.
       “ah? Apa?” soal Hyuna bagaikan orang yang baru tersedar dari mimpi.
       “aku Tanya, kenapa tempat nie kosong? Kau kata tadi, banyak orang yang selalu datang kat sini..”Jia memandang kea rah sekeliling, namun tiada seorang pun di sana.
       “Entah..whatever lah..jom duduk..”mereka terus mengambil tempat duduk yang tersorok.
       “Kau nak makan apa?”Hyuna menyoal.
       “As usual, chocolate mint!”Jia tersenyum.
       “Okay..wait a minute!”Hyuna memberi isyarat untuk beredar. Jia hanya mengangguk kecil.
      “Girl, I still regret a lot.. I wanna, I wanna turn back times.. Baby girl,, Even if I try to erase your presence..and even your name I cant forget,,I,,who pussed your clinging body away..I,,who regretted after sending you away..I miss you like this..” tiba-tiba, kedengaran suara Gikwang yang menyayikan lagu I’m Sorry nyanyian kumpulan Beast dari arah belakang Jia.
       Jia menoleh. Dia tergamam apabila Gikwang mendekatinya sambil membawa minuman yang dipesannya tadi.
       “Apa yang awak buat kat sini?”Jia menanya dengan panic.
       “Saya tahu, selama nie, saya dah jadi kejam sangat..main-mainkan perasaan perempuan..tapi sekarang, saya sedar, saya telah jatuh cinta kat awak..”Gikwang tersenyum sambil memerhatikan muka Jia yang sudah lama tidak ditatapnya.
       “Gikwang,,tapi,,saya dah ada boyfriend..”Jawab Jia. Dia kini sudah memilih untuk setia kepada Eli.
       “Tak apa Jia..Oppa dah lepaskan Jia. Oppa tak nak Jia menyesal dengan tindakan Jia..Oppa tahu,,Jia sukakan Gikwang kan? Oppa sanggup berunduur,,asalkan Jia bahagia!”Eli menjerit dari tingkat atas kafe sambil melambai-lambai ke arahnya. Di sebelah Eli, Hyuna tersenyum nakal sambil memeluk tubuh.
       “Oppa..Jia,,”Jia kurang pasti. Namun, kemudian, dia tersenyum dan terus mengangguk.
       “Tapi,,kenapa awak bawa nie jer? Tak de ke bunga..or..benda lain?” Jia pura-pura merajuk.
       “Ada..jap..”Gikwang memberi isyarat kepada Eli dan Hyuna.
       Eli dan Hyuna memandang antara satu sama lain.
       “Hana ..dul..set..!!”Mereka terus menerbangkan belon-belon yang sudah pun disiapkan dari tadi.
       “Saya … Cinta.. Awak.. J.I.A..”Jia membaca setiap perkataan yang dituliskan di belon itu. Dia tersipu malu.
       “Eh jap! Jangan lupa nie!”Hyuna menerbangkan burung merpati yang telah disewa khas dari kedai haiwan. Burung tersebut sudah pun dilatih oleh pakar-pakar haiwan agar mendengar kata atau arahan yang diberikan.
       Gikwang membuka ikatan di kaki burung tersebut. Sebentuk cincin telah pun diikiat bersama. Jia kagum melihatnya.
       Air mata yang mengalir di pipi Jia terus diseka oleh Gikwang.
       “Saya tak suka tengok awak menangis. Lepas nie, jangan nangis lagi k? Jia, saya suka awak..terimalah ini sebagai bukti cinta saya..” Gikwang menghulurkan cincin kepada Jia.
       “Saya suka awak gak..”Jawab Jia lalu menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Gikwang. Ya, ciuman pertamanya telah menjadi milik Gikwang.
       “Mulai sekarang, aku akan terus mencintaimu Jia..”ucap Gikwang dalam hati.
       “Aku pun..”Jawab Jia. Dia seolah-olah tahu apa yang bermain dalam fikiran Gikwang.



Posted by ellia at 3:09 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, August 17, 2012

b0yfriend or playb0y..??


BABAK KE-2

=) GI KWANG (LEE GI KWANG - BEAST)
=) JIA (MENG JIA - MISS A)
=) ELI (KIM KYOUNG JAE - UKISS)
=) HYOSUNG (JUN HYO SUNG - SECRET)
=) LEE JOON (LEE CHANG SUN - MBLAQ)
=) HYUNA (KIM HYUNA - 4 MINUTE)





“Apa yang U buat nie Jia? I percayakan U selama ini.. tapi, ini yang U balas?”Eli menghamburkan perasaan marhanya kepada Jia. Nada suaranya jelas mengatakan dia kecewa akan apa yang telah Jia lakukan. Keretanya laju memecut jalan raya yang kebetulan lenggang ketika itu.
       “Eli..sabar..hati-hati sikit.. I tahu I bersalah.. tapi,, bawa kereta nie perlahan sikit. I tak nak perkara yang tak diingini berlaku nanti..”Jia cuba menenangkan Eli. pelbagai perkara buruk telah bermain dalam fikiran.
       Eli memberhentikan kereta ke bahu jalan. Dia memandang Jia dengan pandangan sayu. Jia terdiam.
       “Jia..awak tahu tak siapa Gikwang? Gikwang, playboy terkenal kat university kita! Kenapa U pandai sangkut pulak dengan budak tu?” Eli menyoal Jia.
       “apa yang U cakap.. I tak faham..” Jia mengerutkan dahinya. Dia memang tidak memahami apa yang dikatakan oleh Eli.
       “Gikwang tu playboy Jia! Dah berapa orang entah minah yang dah dimain-mainkan oleh budak tu.. dia memang macam tu.. dia tak pernah serius dalam perasaan!”Eli mengutuk Gikwang.
       “Enough Eli! Enough! Kalau ya pun U jealous kat Gikwang, jangan sampai U tuduh bukan-bukan ngan dia.. I tahu dia siapa.. sepanjang I berkawan dengan dia, tak pernah sekalipun dia keluar dengan perempuan lain selain I,” jia mempertahankan Gikwang.
       Dia yakin, Gikwang bukanlah seseorang yang suka mempermainkan perasaaan orang seperti yang dikatakan oleh Eli. dia yakin Eli Cuma cemburu sehinggakan sanggup mereka-reka cerita agar dia membenci Gikwang.
       “I cakap benda yang betul Jia.. kenapa U tak percayakan I? kenapa U lebih percayakan mamat poyo tu? Jia, I..” kata-kata Eli terputus apabila Jia menjerit.
       “Cukup! I tak nak dengar lagi! Dah! I keluar!” Jerit Jia serentak keluar dari kereta. Dia menghempaskan pintu dengan kuat.
       Eli terkejut. Dia meluru keluar dan mendapatkan Jia.
       “Jia, I sayangkan U.. I really-really love U.. okay, fine..kalau U tak nak percayakan I, tak pe..but, now..Let me bring U home.. I tak nak something bad happen at U,” Eli memujuk. Dia lebih mementingkan keselamatan Jia daripada perasaannya sendiri.
       Jia memandang Eli. raut wajah Eli yang sangat mencintainya ditatap puas. Tapi, perasaannya ketika menatap wajah Eli tidak seperti ketika dia menatap wajah Gikwang.
       Akhirnya, dia mengangguk lemah. Dia tahu, dia tidak sepatutnya menduakan perasaannya terhadap Eli. namun, entah mengapa. Hatinya telah dicuri oleh Gikwang.

       Gikwang berjalan masuk ke dalam rumah sewaanya dengan payah. Kakinya yang terluka masih mengalirkan darah. Sebaik sahaja dia merebahkan punggung ke atas sofa, dia mengeluh. Matanya seolah-olah sedang melihat wajah Jia yang menangis.
       “kenapa dengan aku nie? Kenapa aku rasa bersalah pulak tengok Jia menangis? Selama ini, memang aku selalu buat pun perempuan menangis. Bukan sekali, malah berkali-kali.. tapi, tak pernah pulak aku kisah..malah, tangisan mereka bagaikan kemenangan pada diriku.. mengapa? Tak mungkin aku dah jatuh cinta kat dia? Tak mungkin..aku bencikan perempuan! Aku tak mungkin aku mencintai Jia!” Gikwang menghentak meja. Dia membaling buku yang ada di atas meja tersebut. Semuanya bertaburan di atas lantai.
       Tiba-tiba, fikirannya melayang ke arah perkara yang berlaku 5 tahun yang lalu. Perkara itulah membuatkan dia membenci perempuan hinggakan menjadikan dia seorang playboy pada masa sekarang.
*************
       Gikwang menanti Hyosung di taman bunga. Dia ingin membuatkan kejutan untuk HyoSung pada ulang tahun ke-100 mereka. Dia tahu, Hyosung sangat suka akan bunga, lebih-lebih lagi bunga mawar berwarna merah jambu.
       Hyosung datang tepat pada masanya. Dia mengenakan skirt pendek berwarna kuning dan blouse panjang berwarna putih. Rambutnya yang panjang diikat dua. Penampilannya walaupun ringkas, tetapi tetap comel di mata Gikwang.
       Gikwang tersenyum. Dia terus mendapatkan HyoSung dan membawanya duduk di bangku berdekatan.
       “Awak Nampak comel..”puji Gikwang ikhlas.
       “Thanks,,” jawab Hyosung sambil tersenyum. Namun, senyuman Hyosung tidak seperti selalu. Seakan-akan, ada sesuatu yang disembunyikan di sebalik senyuman tersebut.
       Namun, perkara tersebut tidak diendahkan oleh Gikwang. Dia hanya mahukan Hyosung gembira pada hari yang amat bermakna bagi mereka.
       “Awak.. sebenarnya, saya ada perkara yang hendak saya bagitahu..saya..”Hyosung tidak meruskan kata-katanya apabila Gikwang tiba-tiba melutut.
       “Apa yang awak buat nie?” Hyosung gelabah.
       “Hyosung, selamat ulang tahun yang ke-100..ini hadiah saya untuk awak..”Gikwang menghadiahkan sejambak bunga mawar berwarna merah kepada Hyosung.
       Teragak-agak Hyosung untuk menerimanya. Gikwang tersenyum lalu duduk di sebelah Hyosung.
       “Anyway, apa yang awak nak bagitahu tadi?” Gikwang tertanya-tanay apabila teringatkan kata-kata Hyosung yang terputus sebentar tadi.
       “I’m sorry Gikwang..I want U to meet someone..”ujar Hyosung.
       Tiba-tiba, datang seorang lelaki mendekati mereka.
       “Kenalkan..nie Lee Joon..Lee Joon, nie Gikwang..” Hyosung memperkenalkan mereka berdua. Lee Joon menghulurkan tangan untuk bersalam, tetapi, salamannya hanya dibiar tanpa dibalas.
       “Apa maksud semua nie? kau siapa?”soalan itu ditujukan kepada Lee Joon. Dia berdiri mendekati Lee Joon.
       “aku dan Hyosung dah lama bercinta.. Cuma, dia tidak berani nak bagitahu kat kau.. dia tak nak kau kecewa. Tapi, hari nie..dia bagitahu gak..sebab..dia pilih aku,,bukan kau..”ucap Lee Joon sambil memeluk bahu Hyosung.
       Gikwang tidak dapat menerima kata-kata Lee Joon. Baginya, Lee Joon hanya menduga dirinya.
       “Hyosung, katakan awak hanya main-main jerk an? Awak bergurau kan?” Gikwang memohon.
       “Maafkan saya Gikwang..”kata Hyosung. Dia meletakkan bunga tadi ke atas bangku lalu berjalan pergi ditemani oleh Lee Joon.
       Gikwang terduduk di atas bangku. Bunga mawar tadi dilemparkan ke bawah.
       “Sanggup kau buat aku macam nie? aku berjanji aku akan balas balik perbuatan kau itu Hyosung!”Gikwang bersumpah dalam hati.
       Dia menghantar Hyosung dan Lee Joon pergi dengan hati yang membara.
      
***********************
       “Kau lah penyebab segala-galanya Hyosung! Disebabkan kau lah aku jadi macam nie!”tanpa disedari, tangannya telah hinggap ke cermin. Membuatkan cermin itu pecah. Darah laju keluar dari luka yang dalam.
       Walaupun tangannya sakit, tapi, hatinya lagi pedih. Kenangan masa lalu disimpannya menjadi dendam,
       Dia mengambil sapu tangan dalam laci almari. Tiba-tiba, matanya menangkap gambar Jia yang terselit di bawah buku dalam laci itu.
       “Jia..kau telah mengubah segala-galanya.. mengapa hati aku mulai terbuka semenjak aku berjumpa dengan kau? Apa yang telah kau lakukan pada aku?”Gikwang mengambil gambar tersebut.
       “Jia,,kau dah curi hati aku..aku kalah dalam permainan ku sendiri..” akui Gikwang.

       Jia menghempaskan dirinya ke atas katil. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia tidak sangka pertemuannya dengan Gikwang hari ini akan menimbulkan permasalahan antara dia dan Eli.
dia tidak mencintai Eli, tapi, dia sangat mengHormati Eli. mungkin, hormat sebagai seorang adik kepada seorang abang.
Hyuna, kawan sebiliknya yang juga teman karibnya hairan melihat Jia menangis. Selama ini, tidak pernah sekali pun dia melihat air mata Jia. Jia tidak akan menangis di hadapan orang lain. Dia lebih suka memendam perasaan daripada meluahkannya.
“Jia..kau kenapa?” soal Hyuna. Dia mengusap belakang Jia untuk menenangkannya.
Jia melihat kea rah kawannya.
“Hyuna, aku nak Tanya kau sesuatu boleh? Kau jawab jujur ea?”Jia meminta. 
“Kau nak Tanya apa”Hyuna menjawab.
Jia memandang ke arah tingkap bilik mereka. Pandangannya kosong. Hyuna menanti soalan Jia dengan setia.
*bersambung........*

Posted by ellia at 9:38 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, August 16, 2012

b0yfriend 0r pLayb0y..??

ARTIS

1/Gikwang (LEE GIKWANG - BEAST)
2/Jia (MENG JIA - MISS A)
3/Eli (KIM KYOUNGJAE / ELI KIM - UKISS)


"Jia..dah lebih lima kali I tanya u soalan nie. Dulu, I dapat terima tolakan U sebab u cakap u nak tumpukan perhatian untuk SPM..tapi, sekarang, SPM dah lepas.. jadi, sudi tak u jadi girlfriend I? “ Eli menyoal dengan penuh harapan. Dia melutut di khalayak ramai hingga membuatkan mereka menjadi tumpuan ramai.
       Jia malu apabila diperlakukan sebegitu rupa. Mata masyarakat yang lalu lalang hinggap pada mukanya.
       “apa yang aku nak buat nie? Mamat nie pulak..nak malukan aku ke? “ Jia merungut dalam hati.
       “Eli, bangunlah.. jangan lar macam nie..malu tau, orang tengok, “ Jia sedikit merayu.
       “biarlah orang tengok.. asalkan mereka tahu..betapa besarnya cinta I terhadap U! I tak akan bangun sampai U nak jadi girlfriend I! please Jia.. I really love u! “ Eli berkeras.
       Orang ramai mulai berbisik. Ada yang menjerit supaya Jia menerima Eli. Ada juga yang cemburu apabila melihat situasi tersebut. Ya lah kan? Siapa tidak cemburu apabila orang lain diperlakukan dengan romantic sekali?
       “I terima U, “ lambat-lambat Jia menuturkan persetujuannya. Bukan dia rela, Cuma tidak mahu menjadi bualan orang lagi.
       Eli berasa amat gembira. Dia lantas berdiri hendak memeluk Jia. Jia sempat mengelak lalu mencubit lengan Eli. Eli tersenyum sinis sambil mengenyitkan matanya kepada Jia. Dia tahu, Jia amat menjaga batas antara lelaki dan perempuan.
       Jia mengeluh berat. Dia tidak pasti dengan tindakan yang baru dilakukannya sebentar tadi. Adakah dia mampu menerima Eli sebagai kekasihnya? Adakah itu memang kehendak hatinya? Mahu atau tidak, Eli sudah rasmi menjadi kekasihnya beberapa minit yang lalu.
      
Kisah percintaan Eli dan Jia tersebar luas di university tempat mereka belajar. Kedua-duanya memang bijak, hinggakan selepas SPM, mereka terus mendapat tawaran untuk menuntut di university dalam bidang yang berlainan.
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, kedua-duanya menerima tawaran tersebut dengan gembira. Sejak hubungan mereka didedahkan, Eli lebih kerap menemui Jia. Setiap hari, dia akan mengajak Jia untuk keluar lunch bersama dan menghantar Jia balik ke kolej.
Pernah juga Jia menolak dengan beberapa alasan. Namun, alasan Jia dapat dipatahkan dengan rayuan Eli. bukan Eli mengokong, tetapi, terlalu protective hinggakan Jia berasa makin bosan. Kehidupannya bagaikan diikat dengan tali. Tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan perkara yang dia inginkan.

“I on the way pergi kuliah nie..i dah lambat..u kol I balik nanti k?”jia menekan punat off telefon bimbitnya. Dia beralari anak menuju ke arah bilik kuliah yang selang beberapa meter lagi jaraknya.
Tiba-tiba, dia terlanggar seorang lelaki dari arah yang berlainan. Kedua-dua mereka terjatuh dan serentak mengaduh kesakitan.
“Maafkan saya. Saya dah lambat nie..maafkan saya..saya pergi dulu..sorry once more! “ jia mengemas bukunya yang jatuh lalu melajukan langkahnya menuju ke bilik kuliah. Dalam fikirannya hanya satu, mati lah kalau prof marah!
 Lelaki tadi bangun lalu menepuk-nepuk seluarnya yang kotor. Tiba-tiba, matanya menangkap sekeping gambar di atas lantai.
“nie gambar budak tu ke? Sweet jugak..”matanya asyik menatap wajah Jia.tiba-tiba, fikiran jahatnya bermain dalam fikiran. Otaknya yang licik ligat merencanakan sesuatu. Dia tersenyum sendirian.
        
       “Hai,,”Jia hairan apabila disapa oleh seorang lelaki.
       “hai?”jawabnya penuh persoalan.
       “la,,tak ingat saya ke? Awak langgar saya pagi tadi..tak ingat ke?”lelaki itu mengingatkan.
       “Oh..awak rupanya. Saya minta maaf ya tentang pagi tadi..saya memang tak sengaja..lagipun , saya dah lambat sangat.. nasib baik prof tak marah..”jujur Jia katakan.
       “tak pe..saya faham..anyway,,saya Gikwang. Awak?”Gikwang memperkenalkan diri.
       “Saya Jia. Nice to know u..”Jia menjawab sambil tersenyum.
       “Jom saya belanja makan..nak kenal awak lagi..boleh?” tawaran Gikwang dibiar sepi apabila telefon Jia berdering. Skrin menunjukkan nama Eli. Jia memberi isyarat yang dia harus beredar.
       “Awak! Saya nak minta number awak lah!” Gikwang sedikit menjerit apabila Jia menapak pergi.
       “Lain kali k?” jawab Jia.

       Jia sedang melayari internet di kafe kolej sambil menikmati capuchino yang dipesannya tadi. Dia tidak perasan bahawa sepasang mata tengah melihat gerak gerinya.
       Gikwang berjalan menuju ke arahnya. Salam yang diberikan mengejutkan Jia. Hamper sahaja air dimulutnya tersembur keluar. Jia tersedak dan terbatuk-batuk.
       Gikwang bertindak pantas dengan mengeluarkan sapu tangan lalu menghulurkannya kepada Jia. Sapu tangan bertukar tangan. Gikwang menuju kea rah kaunter dan memesan air mineral. Air itu diberikan juga kepada Jia.
       Jia terharu dengan keprihatinan Gikwang. Sejenak dia terlupa tentang statusnya, iaitu kekasih orang.
       “Awak okay?” gikwang merapatkan mukanya dengan Jia apabila dia mendapati Jia seakan-akan sedang mengelamun. Jia tergamam. Dia menjauhkan mukanya daripada Gikwang.
       “o..okay..” jawabnya.
       “huh..nasib baik..saya mintak maaf lar buat awak terkejut tadi.” Gikwang menunjukkan muka sedih. Dia meraih simpati daripada Jia.
       “Tak pe..” Jia memaafkannya.
       “k lah..saya pergi dulu..saya tahu awak marah, “ ujar GIkwang sambil mengorak langkah untuk pergi. Dalam hatinya, dia berharap agar Jia menahannya.
       Harapannya termakbul apabila Jia memanggil namanya. Dia memalingkan muka.
       “Ala..ape lah awak nie..saya tak kisah..”Jia separuh memujuk.
       “Kalau macam tu, bagi number awak kat saya?” Gikwang mengumpan.
       “Bagi phone awak..” Jia meminta. Gikwang gembira kerana rancangannya berhasil. Sebaik sahaja telefon bimbit Gikwang dipulangkan, dia meminta diri kerana masih ada kuliah.
      
       Sejak itu, ingatan Jia terarah kepada Gikwang. Dia seperti merindui untuk berborak dengan Gikwang. Perasaan itu tidak pernah ada dari dirinya pada Eli. dia membuat kesimpulan, mungkin cintanya tercipta untuk Gikwang.
       Eli perasan akan perubahan yang berlaku kepada kekasihnya itu. Dia berasa risau. Tapi, dia yakin, Jia tidak mungkin akan mencurangi dirinya.

       Jia dan Gikwang berjanji untuk berjumpa di padang skateboard. Gikwang, master dalam “sukan” tersebut ingin menunjukkan segala kemahirannya kepada Jia. Dia ingin mengagumkan Jia.
       Ya, Jia memang kagum. Tetapi, kekagumannya terhenti apabila Gikwang terjatuh daripada skateboard. Seluarnya terkoyak menunjukkan kakinya yang terluka. Darah mengalir keluar.
       “Gikwang!” jia terjerit. Dia meluru ke arah Gikwang.
       “Saya tak apa-apa. Jangan risau.” Kata Gikwang sambil mengerutkan dahi menahan sakit. Sempat dia mengerling kea rah Jia untuk melihat reaksinya.
       Gikwang terkedu apabila melihat air mata sudah mengalir dari mata kecil Jia. Mata Jia yang berkaca menarik perhatian Gikwang. Cantiknya.. gikwang memuji dalam hati.
       “Awak mengapa?” Gikwang memegang bahu Jia untuk menenangkannya.
       “saya tak suka tengok awak sakit. Jangan buat macam nie lagi.. saya tak suka..” Jia menjawab tersekat-sekat. Tangisannya menyukarkan dia untuk bercakap.
       Jia menyapu darah yang mengalir menggunakan tisu yang dibawanya dalam beg tangan. Gikwang terdiam. keikhlasan Jia menyentuh perasaannya.
       “U buat apa nie Jia?” jia terkejut apabila Eli tiba-tiba datang dari belakang.
       “Eli.. I Cuma…I..” Jia tidak mampu untuk menjawab soalan Eli. dia tahu, hatinya bukan untuk Eli, tapi, untuk Gikwang.
       “I percaya dengan U jia. Tapi, ini yang u balas?” nada percakapan Eli jelas menandakan dia amat kecewa dengan Jia.
“I minta maaf Eli.. I,, I…” tanpa sempat Jia mengahbiskan bicaranya, Eli menarik tangan Jia dan membawanya pergi. Gikwang hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa.
      
(Apakah kesudahan cerita ini nanti?? Nantikanlah sambungannya..)
Posted by ellia at 7:52 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Pet Hamster

  • Home

Followers

Blog Archive

  • ▼  2015 (1)
    • ▼  June (1)
      • It sure very HECTIC
  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  August (5)

About Me

My photo
ellia
i always happy but sometimes, i feel really tension.. hehe..
View my complete profile
]]>
Powered by Blogger.