-->

For All Kpoppers

blog ini menampilkan cerita2 yang menarik..cumalah karya biasa..tapi,,watak2nya adalah dari idola2 kpop..!!hope u enjoy it..!!

Thursday, August 16, 2012

b0yfriend 0r pLayb0y..??

ARTIS

1/Gikwang (LEE GIKWANG - BEAST)
2/Jia (MENG JIA - MISS A)
3/Eli (KIM KYOUNGJAE / ELI KIM - UKISS)


"Jia..dah lebih lima kali I tanya u soalan nie. Dulu, I dapat terima tolakan U sebab u cakap u nak tumpukan perhatian untuk SPM..tapi, sekarang, SPM dah lepas.. jadi, sudi tak u jadi girlfriend I? “ Eli menyoal dengan penuh harapan. Dia melutut di khalayak ramai hingga membuatkan mereka menjadi tumpuan ramai.
       Jia malu apabila diperlakukan sebegitu rupa. Mata masyarakat yang lalu lalang hinggap pada mukanya.
       “apa yang aku nak buat nie? Mamat nie pulak..nak malukan aku ke? “ Jia merungut dalam hati.
       “Eli, bangunlah.. jangan lar macam nie..malu tau, orang tengok, “ Jia sedikit merayu.
       “biarlah orang tengok.. asalkan mereka tahu..betapa besarnya cinta I terhadap U! I tak akan bangun sampai U nak jadi girlfriend I! please Jia.. I really love u! “ Eli berkeras.
       Orang ramai mulai berbisik. Ada yang menjerit supaya Jia menerima Eli. Ada juga yang cemburu apabila melihat situasi tersebut. Ya lah kan? Siapa tidak cemburu apabila orang lain diperlakukan dengan romantic sekali?
       “I terima U, “ lambat-lambat Jia menuturkan persetujuannya. Bukan dia rela, Cuma tidak mahu menjadi bualan orang lagi.
       Eli berasa amat gembira. Dia lantas berdiri hendak memeluk Jia. Jia sempat mengelak lalu mencubit lengan Eli. Eli tersenyum sinis sambil mengenyitkan matanya kepada Jia. Dia tahu, Jia amat menjaga batas antara lelaki dan perempuan.
       Jia mengeluh berat. Dia tidak pasti dengan tindakan yang baru dilakukannya sebentar tadi. Adakah dia mampu menerima Eli sebagai kekasihnya? Adakah itu memang kehendak hatinya? Mahu atau tidak, Eli sudah rasmi menjadi kekasihnya beberapa minit yang lalu.
      
Kisah percintaan Eli dan Jia tersebar luas di university tempat mereka belajar. Kedua-duanya memang bijak, hinggakan selepas SPM, mereka terus mendapat tawaran untuk menuntut di university dalam bidang yang berlainan.
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, kedua-duanya menerima tawaran tersebut dengan gembira. Sejak hubungan mereka didedahkan, Eli lebih kerap menemui Jia. Setiap hari, dia akan mengajak Jia untuk keluar lunch bersama dan menghantar Jia balik ke kolej.
Pernah juga Jia menolak dengan beberapa alasan. Namun, alasan Jia dapat dipatahkan dengan rayuan Eli. bukan Eli mengokong, tetapi, terlalu protective hinggakan Jia berasa makin bosan. Kehidupannya bagaikan diikat dengan tali. Tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan perkara yang dia inginkan.

“I on the way pergi kuliah nie..i dah lambat..u kol I balik nanti k?”jia menekan punat off telefon bimbitnya. Dia beralari anak menuju ke arah bilik kuliah yang selang beberapa meter lagi jaraknya.
Tiba-tiba, dia terlanggar seorang lelaki dari arah yang berlainan. Kedua-dua mereka terjatuh dan serentak mengaduh kesakitan.
“Maafkan saya. Saya dah lambat nie..maafkan saya..saya pergi dulu..sorry once more! “ jia mengemas bukunya yang jatuh lalu melajukan langkahnya menuju ke bilik kuliah. Dalam fikirannya hanya satu, mati lah kalau prof marah!
 Lelaki tadi bangun lalu menepuk-nepuk seluarnya yang kotor. Tiba-tiba, matanya menangkap sekeping gambar di atas lantai.
“nie gambar budak tu ke? Sweet jugak..”matanya asyik menatap wajah Jia.tiba-tiba, fikiran jahatnya bermain dalam fikiran. Otaknya yang licik ligat merencanakan sesuatu. Dia tersenyum sendirian.
        
       “Hai,,”Jia hairan apabila disapa oleh seorang lelaki.
       “hai?”jawabnya penuh persoalan.
       “la,,tak ingat saya ke? Awak langgar saya pagi tadi..tak ingat ke?”lelaki itu mengingatkan.
       “Oh..awak rupanya. Saya minta maaf ya tentang pagi tadi..saya memang tak sengaja..lagipun , saya dah lambat sangat.. nasib baik prof tak marah..”jujur Jia katakan.
       “tak pe..saya faham..anyway,,saya Gikwang. Awak?”Gikwang memperkenalkan diri.
       “Saya Jia. Nice to know u..”Jia menjawab sambil tersenyum.
       “Jom saya belanja makan..nak kenal awak lagi..boleh?” tawaran Gikwang dibiar sepi apabila telefon Jia berdering. Skrin menunjukkan nama Eli. Jia memberi isyarat yang dia harus beredar.
       “Awak! Saya nak minta number awak lah!” Gikwang sedikit menjerit apabila Jia menapak pergi.
       “Lain kali k?” jawab Jia.

       Jia sedang melayari internet di kafe kolej sambil menikmati capuchino yang dipesannya tadi. Dia tidak perasan bahawa sepasang mata tengah melihat gerak gerinya.
       Gikwang berjalan menuju ke arahnya. Salam yang diberikan mengejutkan Jia. Hamper sahaja air dimulutnya tersembur keluar. Jia tersedak dan terbatuk-batuk.
       Gikwang bertindak pantas dengan mengeluarkan sapu tangan lalu menghulurkannya kepada Jia. Sapu tangan bertukar tangan. Gikwang menuju kea rah kaunter dan memesan air mineral. Air itu diberikan juga kepada Jia.
       Jia terharu dengan keprihatinan Gikwang. Sejenak dia terlupa tentang statusnya, iaitu kekasih orang.
       “Awak okay?” gikwang merapatkan mukanya dengan Jia apabila dia mendapati Jia seakan-akan sedang mengelamun. Jia tergamam. Dia menjauhkan mukanya daripada Gikwang.
       “o..okay..” jawabnya.
       “huh..nasib baik..saya mintak maaf lar buat awak terkejut tadi.” Gikwang menunjukkan muka sedih. Dia meraih simpati daripada Jia.
       “Tak pe..” Jia memaafkannya.
       “k lah..saya pergi dulu..saya tahu awak marah, “ ujar GIkwang sambil mengorak langkah untuk pergi. Dalam hatinya, dia berharap agar Jia menahannya.
       Harapannya termakbul apabila Jia memanggil namanya. Dia memalingkan muka.
       “Ala..ape lah awak nie..saya tak kisah..”Jia separuh memujuk.
       “Kalau macam tu, bagi number awak kat saya?” Gikwang mengumpan.
       “Bagi phone awak..” Jia meminta. Gikwang gembira kerana rancangannya berhasil. Sebaik sahaja telefon bimbit Gikwang dipulangkan, dia meminta diri kerana masih ada kuliah.
      
       Sejak itu, ingatan Jia terarah kepada Gikwang. Dia seperti merindui untuk berborak dengan Gikwang. Perasaan itu tidak pernah ada dari dirinya pada Eli. dia membuat kesimpulan, mungkin cintanya tercipta untuk Gikwang.
       Eli perasan akan perubahan yang berlaku kepada kekasihnya itu. Dia berasa risau. Tapi, dia yakin, Jia tidak mungkin akan mencurangi dirinya.

       Jia dan Gikwang berjanji untuk berjumpa di padang skateboard. Gikwang, master dalam “sukan” tersebut ingin menunjukkan segala kemahirannya kepada Jia. Dia ingin mengagumkan Jia.
       Ya, Jia memang kagum. Tetapi, kekagumannya terhenti apabila Gikwang terjatuh daripada skateboard. Seluarnya terkoyak menunjukkan kakinya yang terluka. Darah mengalir keluar.
       “Gikwang!” jia terjerit. Dia meluru ke arah Gikwang.
       “Saya tak apa-apa. Jangan risau.” Kata Gikwang sambil mengerutkan dahi menahan sakit. Sempat dia mengerling kea rah Jia untuk melihat reaksinya.
       Gikwang terkedu apabila melihat air mata sudah mengalir dari mata kecil Jia. Mata Jia yang berkaca menarik perhatian Gikwang. Cantiknya.. gikwang memuji dalam hati.
       “Awak mengapa?” Gikwang memegang bahu Jia untuk menenangkannya.
       “saya tak suka tengok awak sakit. Jangan buat macam nie lagi.. saya tak suka..” Jia menjawab tersekat-sekat. Tangisannya menyukarkan dia untuk bercakap.
       Jia menyapu darah yang mengalir menggunakan tisu yang dibawanya dalam beg tangan. Gikwang terdiam. keikhlasan Jia menyentuh perasaannya.
       “U buat apa nie Jia?” jia terkejut apabila Eli tiba-tiba datang dari belakang.
       “Eli.. I Cuma…I..” Jia tidak mampu untuk menjawab soalan Eli. dia tahu, hatinya bukan untuk Eli, tapi, untuk Gikwang.
       “I percaya dengan U jia. Tapi, ini yang u balas?” nada percakapan Eli jelas menandakan dia amat kecewa dengan Jia.
“I minta maaf Eli.. I,, I…” tanpa sempat Jia mengahbiskan bicaranya, Eli menarik tangan Jia dan membawanya pergi. Gikwang hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa.
      
(Apakah kesudahan cerita ini nanti?? Nantikanlah sambungannya..)
Posted by ellia at 7:52 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Pet Hamster

  • Home

Followers

Blog Archive

  • ►  2015 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (6)
    • ►  November (1)
    • ▼  August (5)
      • b0yfriend or playb0y..??
      • b0yfriend or playb0y..??
      • b0yfriend 0r pLayb0y..??
      • You Are My Lady
      • hye

About Me

My photo
ellia
i always happy but sometimes, i feel really tension.. hehe..
View my complete profile
]]>
Powered by Blogger.