BABAK KE-2
=) GI KWANG (LEE GI KWANG - BEAST)
=) JIA (MENG JIA - MISS A)
=) ELI (KIM KYOUNG JAE - UKISS)
=) HYOSUNG (JUN HYO SUNG - SECRET)
=) LEE JOON (LEE CHANG SUN - MBLAQ)
=) HYUNA (KIM HYUNA - 4 MINUTE)
“Apa yang U buat nie Jia? I percayakan U selama ini.. tapi, ini yang U balas?”Eli menghamburkan perasaan marhanya kepada Jia. Nada suaranya jelas mengatakan dia kecewa akan apa yang telah Jia lakukan. Keretanya laju memecut jalan raya yang kebetulan lenggang ketika itu.
“Eli..sabar..hati-hati sikit.. I tahu I bersalah.. tapi,, bawa kereta nie perlahan sikit. I tak nak perkara yang tak diingini berlaku nanti..”Jia cuba menenangkan Eli. pelbagai perkara buruk telah bermain dalam fikiran.
Eli memberhentikan kereta ke bahu jalan. Dia memandang Jia dengan pandangan sayu. Jia terdiam.
“Jia..awak tahu tak siapa Gikwang? Gikwang, playboy terkenal kat university kita! Kenapa U pandai sangkut pulak dengan budak tu?” Eli menyoal Jia.
“apa yang U cakap.. I tak faham..” Jia mengerutkan dahinya. Dia memang tidak memahami apa yang dikatakan oleh Eli.
“Gikwang tu playboy Jia! Dah berapa orang entah minah yang dah dimain-mainkan oleh budak tu.. dia memang macam tu.. dia tak pernah serius dalam perasaan!”Eli mengutuk Gikwang.
“Enough Eli! Enough! Kalau ya pun U jealous kat Gikwang, jangan sampai U tuduh bukan-bukan ngan dia.. I tahu dia siapa.. sepanjang I berkawan dengan dia, tak pernah sekalipun dia keluar dengan perempuan lain selain I,” jia mempertahankan Gikwang.
Dia yakin, Gikwang bukanlah seseorang yang suka mempermainkan perasaaan orang seperti yang dikatakan oleh Eli. dia yakin Eli Cuma cemburu sehinggakan sanggup mereka-reka cerita agar dia membenci Gikwang.
“I cakap benda yang betul Jia.. kenapa U tak percayakan I? kenapa U lebih percayakan mamat poyo tu? Jia, I..” kata-kata Eli terputus apabila Jia menjerit.
“Cukup! I tak nak dengar lagi! Dah! I keluar!” Jerit Jia serentak keluar dari kereta. Dia menghempaskan pintu dengan kuat.
Eli terkejut. Dia meluru keluar dan mendapatkan Jia.
“Jia, I sayangkan U.. I really-really love U.. okay, fine..kalau U tak nak percayakan I, tak pe..but, now..Let me bring U home.. I tak nak something bad happen at U,” Eli memujuk. Dia lebih mementingkan keselamatan Jia daripada perasaannya sendiri.
Jia memandang Eli. raut wajah Eli yang sangat mencintainya ditatap puas. Tapi, perasaannya ketika menatap wajah Eli tidak seperti ketika dia menatap wajah Gikwang.
Akhirnya, dia mengangguk lemah. Dia tahu, dia tidak sepatutnya menduakan perasaannya terhadap Eli. namun, entah mengapa. Hatinya telah dicuri oleh Gikwang.
Gikwang berjalan masuk ke dalam rumah sewaanya dengan payah. Kakinya yang terluka masih mengalirkan darah. Sebaik sahaja dia merebahkan punggung ke atas sofa, dia mengeluh. Matanya seolah-olah sedang melihat wajah Jia yang menangis.
“kenapa dengan aku nie? Kenapa aku rasa bersalah pulak tengok Jia menangis? Selama ini, memang aku selalu buat pun perempuan menangis. Bukan sekali, malah berkali-kali.. tapi, tak pernah pulak aku kisah..malah, tangisan mereka bagaikan kemenangan pada diriku.. mengapa? Tak mungkin aku dah jatuh cinta kat dia? Tak mungkin..aku bencikan perempuan! Aku tak mungkin aku mencintai Jia!” Gikwang menghentak meja. Dia membaling buku yang ada di atas meja tersebut. Semuanya bertaburan di atas lantai.
Tiba-tiba, fikirannya melayang ke arah perkara yang berlaku 5 tahun yang lalu. Perkara itulah membuatkan dia membenci perempuan hinggakan menjadikan dia seorang playboy pada masa sekarang.
*************
Gikwang menanti Hyosung di taman bunga. Dia ingin membuatkan kejutan untuk HyoSung pada ulang tahun ke-100 mereka. Dia tahu, Hyosung sangat suka akan bunga, lebih-lebih lagi bunga mawar berwarna merah jambu.
Hyosung datang tepat pada masanya. Dia mengenakan skirt pendek berwarna kuning dan blouse panjang berwarna putih. Rambutnya yang panjang diikat dua. Penampilannya walaupun ringkas, tetapi tetap comel di mata Gikwang.
Gikwang tersenyum. Dia terus mendapatkan HyoSung dan membawanya duduk di bangku berdekatan.
“Awak Nampak comel..”puji Gikwang ikhlas.
“Thanks,,” jawab Hyosung sambil tersenyum. Namun, senyuman Hyosung tidak seperti selalu. Seakan-akan, ada sesuatu yang disembunyikan di sebalik senyuman tersebut.
Namun, perkara tersebut tidak diendahkan oleh Gikwang. Dia hanya mahukan Hyosung gembira pada hari yang amat bermakna bagi mereka.
“Awak.. sebenarnya, saya ada perkara yang hendak saya bagitahu..saya..”Hyosung tidak meruskan kata-katanya apabila Gikwang tiba-tiba melutut.
“Apa yang awak buat nie?” Hyosung gelabah.
“Hyosung, selamat ulang tahun yang ke-100..ini hadiah saya untuk awak..”Gikwang menghadiahkan sejambak bunga mawar berwarna merah kepada Hyosung.
Teragak-agak Hyosung untuk menerimanya. Gikwang tersenyum lalu duduk di sebelah Hyosung.
“Anyway, apa yang awak nak bagitahu tadi?” Gikwang tertanya-tanay apabila teringatkan kata-kata Hyosung yang terputus sebentar tadi.
“I’m sorry Gikwang..I want U to meet someone..”ujar Hyosung.
Tiba-tiba, datang seorang lelaki mendekati mereka.
“Kenalkan..nie Lee Joon..Lee Joon, nie Gikwang..” Hyosung memperkenalkan mereka berdua. Lee Joon menghulurkan tangan untuk bersalam, tetapi, salamannya hanya dibiar tanpa dibalas.
“Apa maksud semua nie? kau siapa?”soalan itu ditujukan kepada Lee Joon. Dia berdiri mendekati Lee Joon.
“aku dan Hyosung dah lama bercinta.. Cuma, dia tidak berani nak bagitahu kat kau.. dia tak nak kau kecewa. Tapi, hari nie..dia bagitahu gak..sebab..dia pilih aku,,bukan kau..”ucap Lee Joon sambil memeluk bahu Hyosung.
Gikwang tidak dapat menerima kata-kata Lee Joon. Baginya, Lee Joon hanya menduga dirinya.
“Hyosung, katakan awak hanya main-main jerk an? Awak bergurau kan?” Gikwang memohon.
“Maafkan saya Gikwang..”kata Hyosung. Dia meletakkan bunga tadi ke atas bangku lalu berjalan pergi ditemani oleh Lee Joon.
Gikwang terduduk di atas bangku. Bunga mawar tadi dilemparkan ke bawah.
“Sanggup kau buat aku macam nie? aku berjanji aku akan balas balik perbuatan kau itu Hyosung!”Gikwang bersumpah dalam hati.
Dia menghantar Hyosung dan Lee Joon pergi dengan hati yang membara.
***********************
“Kau lah penyebab segala-galanya Hyosung! Disebabkan kau lah aku jadi macam nie!”tanpa disedari, tangannya telah hinggap ke cermin. Membuatkan cermin itu pecah. Darah laju keluar dari luka yang dalam.
Walaupun tangannya sakit, tapi, hatinya lagi pedih. Kenangan masa lalu disimpannya menjadi dendam,
Dia mengambil sapu tangan dalam laci almari. Tiba-tiba, matanya menangkap gambar Jia yang terselit di bawah buku dalam laci itu.
“Jia..kau telah mengubah segala-galanya.. mengapa hati aku mulai terbuka semenjak aku berjumpa dengan kau? Apa yang telah kau lakukan pada aku?”Gikwang mengambil gambar tersebut.
“Jia,,kau dah curi hati aku..aku kalah dalam permainan ku sendiri..” akui Gikwang.
Jia menghempaskan dirinya ke atas katil. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia tidak sangka pertemuannya dengan Gikwang hari ini akan menimbulkan permasalahan antara dia dan Eli.
dia tidak mencintai Eli, tapi, dia sangat mengHormati Eli. mungkin, hormat sebagai seorang adik kepada seorang abang.
Hyuna, kawan sebiliknya yang juga teman karibnya hairan melihat Jia menangis. Selama ini, tidak pernah sekali pun dia melihat air mata Jia. Jia tidak akan menangis di hadapan orang lain. Dia lebih suka memendam perasaan daripada meluahkannya.
“Jia..kau kenapa?” soal Hyuna. Dia mengusap belakang Jia untuk menenangkannya.
Jia melihat kea rah kawannya.
“Hyuna, aku nak Tanya kau sesuatu boleh? Kau jawab jujur ea?”Jia meminta.
“Kau nak Tanya apa”Hyuna menjawab.
Jia memandang ke arah tingkap bilik mereka. Pandangannya kosong. Hyuna menanti soalan Jia dengan setia.
*bersambung........*
*bersambung........*
No comments:
Post a Comment