STARING...
1/ JO KWANGMIN_(BOYFRIEND)
2/ JO YOUNGMIN _(BOYFRIEND)
3/ RYU HWAYOUNG_(EX - T ARA)
4/ RYU HYOYOUNG_(5 DOLLS)
Suasana di dalam kelas yang bising itu tiba-tiba menjadi senyap.
Semua meluru ke tempat duduk masing-masing apabila melihat guru kelas mereka,
Cikgu Hyorin masuk.
“Selamat pagi cikgu”ucap
ketua tingkatan diikuti dengan pelajar yang lain.
“Selamat pagi..sila
duduk.."ujar Cikgu Hyorin.
"okay kelas.. Hari ni, awak semua akan ada rakan baru..silakan masuk”ucap
Cikgu Hyorin sambil tersenyum.
Pelajar-pelajar lain
mulai menepuk tangan masing-masing tanda menyambut kedatangan pelajar baru
tersebut. ada yang memukul meja menambahkan lagi kebisingan yang sedia ada. Namun, tepukan mereka berhenti apabila melihat pelajar tersebut.
“Annyeong.. nama saya Jo
Youngmin.. saya berpindah dari Amerika. Saya harap awak semua sudi berkawan
dengan saya..”Youngmin memperkenalkan dirinya sambil tersenyum.
Semua pelajar terdiam. Masing-masing
terus berbisik antara satu sama lain dengan penuh persoalan.
"Jo?"kedengaran satu suara.
“Dah..dah..Cikgu tahu apa yang
bermain dalam otak korang..cikgu pun hairan..apa2 pun,, Youngmin,, sila duduk
kat kerusi kosong kat sebelah budak yang tengah tidur tu..tolong bangunkan dia,
okay?” arah cikgu Hyorin.
Youngmin menganggukan
kepala lalu berjalan ke arah tempat yang di maksudkan. Langkahnya diperhatikan
oleh pelajar-pelajar lain .namun, dia tidak mengendahkan mereka.
“hei..hei..cikgu suruh bangun,”Youngmin
cuba membangunkan budak yang tengah tidur itu. Tetapi, kelihatan, budak tersebut masih lena dibuai mimpi.
“Tidur ke mati budak
ni?”rungutnya dalam hati.
Dia mengetuk meja budak
tersebut dengan kuat. Budak tadi terkejut lalu terjaga.
“Kau dah giler ke? Nak
tercabut……”kata-kata Kwangmin terhenti apabila melihat mukanya sendiri.
“Argh…………!!!!!!!!!!!!!”kedua-duanya
menjerit kuat.
****************************
Macam mana ada orang yang sama muka macam aku? Dah lak tu, nama keluarga pun
sama.. siapa budak tu? Berbagai-bagai soalan yang bermain di fikiran Kwangmin, namun, tiada soalan bagi persoalan tersebut.
“Ah..lantaklah…”katanya
lalu menyepak kuat tin kosong yang menganggu perjalanannya.
“Aduh…ya!”jerit Hyoyoung
sambil menunjuk ke arah Kwangmin. Dia memegang kepalanya yang sakit akibat
daripada terkena tin yang disepak oleh Kwangmin tadi.
Kwangmin terkedu. Dia
tidak mampu berkata apa-apa. Bukan disebabkan dia takut, tetapi dia mempunyai
perasaan terhadap Hyoyoung. Selama ini, dia tidak pernah betegur sapa dengan
Hyoyoung walaupun Hyoyoung adalah junior di sekolahnya.
“Sunbae nie nape? Tak
nampak ke saya jalan kat depan nie? Dah buta?”gertak Hyoyoung dengan marah.
“Sunbae dengar tak saya nie?”ulang Hyoyoung
marah. Apabila tiada jawapan dari Kwangmin, Hyoyoung menghentak kakinya dengan
perasaan marah lalu pergi meninggalkan Kwangmin yang masih terdiam.
“Bodoh lah kau nie Kwangmin
Kenapa kau tak cakap dengan dia tadi? Peluang tu, kau lepaskan je?” dia
mengutuk dirinya sendiri selepas tersedar Hyoyoung sudah lama berlalu pergi.
“Tak pe..esok ar aku
minta maaf kat dia..hehe”Kwangmin mulai merancang sesuatu sambil tersenyum.
************************************
“Dear..How’s school?
Great?” Tanya Puan Bora kepada anak kesayangannya, Youngmin.
“it’s daebakl! Anyway
mom, at school, there is someone that look like me..exactly! his face and also
his surname! That is too coincidence, right mom?”Tanya Youngmin.
“it could be!Who know
world dear? Anyway, what his name?”Puan Bora menyoal setelah lama menyusun
bicara.
“Kwangmin.. Jo
Kwangmin.. it’s weird right?”kata-kata Youngmin membuatkan jantung Puan Bora
berdegup kencang. Ya, mungkin sudah tiba masanya. bisik hati kecilnya.
***************************************
(16 tahun yang lalu)
“Anak puan harus dirawat segera..jantungnya
memerlukan pembedahan..jika tidak, puan mungkin akan kehilangan dia.” Puan
Sunhwa memandang Kwangmin dengan perasaan sayu. Dia miskin, macam mana hendak
mencari wang untuk membayar bil pembedahannya?
Disebakan itulah, dia
tidak mempunyai pilihan lain, melainkan menjual Youngmin, anak kembarnya kepada
seorang janda kaya yang tiada anak.
“tolong jaga Youngmin dangan baik. saya ada dua permintaan. bolehkah puan lakukannya?"pinta Puan Sunhwa.
Puan Bora cuma mengangguk.
"tolong jangan tukar nama dia. biarlah namanya tetap JO YOUNGMIN. dan , satu lagi. nie , gambar ayahnya. saya harap, walaupun dia tak mengenali siapa diri saya, namun, dia tahu, siapa ayahnya." puan Sunhwa menangis teresak.
"Maafkan ibu nak..ibu
sayangkan kau..tapi,,ibu tak ada cara lain lagi..berkorbanlah demi adik
kamu..”gumamnya dalam hati apabila Youngmin dibawa pergi oleh Puan Bora.
*************************************
“Nah..”Kwangmin meletakkan aiskrim
kegemarannya ke atas meja Hyoyoung.
“Apa ni?”Tanya Hyoyoung
hairan.
“Sunbae minta maaf
tentang hal semalam..kepala Hyoyoung okay?”Tanya Kwangmin malu.
Hyoyoung ketawa kecil.
Dia suka melihat perangai Kwangmin yang malu-malu itu. Nampak comel!
Sejak itu, Kwangmin dan
Hyoyoung mulai berkawan rapat. Mereka sering keluar bersama pada hujung minggu.
Rilek Kwangmin..kau
mesti luahkan perasaan kau pada Hyoyoung hari nie jugak! Jerit Kwangmin dalam
hati ketika dalam perjalan menuju ke rumah Hyoyoung.
Tiba-tiba, langkahnya
terhenti apabila melihat Hyoyoung berpeluk dengan Youngmin di depan rumah.
Bunga yang dipegangya terjatuh dari genggaman. Dia terkejut.
Satu tumbukan hinggap ke
muka Youngmin.
“hei..kau nie
nape?”Tanya Youngmin hairan sambil memegang pipinya yang sakit.
“Kenapa kau peluk Hyoyoung
aku?!”Kwangmin hilang sabar.
“Apa kau cakap nie? Bila
pulak aku peluk Hyoyoung?” Youngmin bangkit.
“Habis, kau peluk dengan
hant….”ternganga mulutnya apabial melihat dua Hyoyoung.
“Sunbae!”jerit Hyoyoung.
“Annyeong..”ucap gadis
di sebelahnya sambil tersenyum.
************************************
“Aku mintak maaf..mana
lah aku tahu Hyoyoung ada kembar..dia tak pernah bagitahu pun..”Kwangmin memecah
kesunyian ketika dia dan Youngmin berjalan pulang. Baru dia tahu, Hyoyoung
mempunyai seorang adik kembar, Hwayoung.
“Tulah kau..lain kali,,
Tanya dulu..nie tak,,main serbu jer..kan,,aku jadi mangsa..”rungut Youngmin.
“Sorry,,untuk tunjukkan
rasa bersalah,, apa kata kau balik rumah aku..aku tolong kau sapu minyak kat
muka tu hah,,”seraya itu, Kwangmin memicit lebam pada muka Youngmin sambil
ketawa.
Youngmin terjerit kecil.
Dia tertawa lalu mengangguk tanda setuju.
“Sorry ar,,rumah aku tak
besar or cantik macam rumah kau..aku tinggal kat sini ar..dengan mak aku
jer..ayah aku meninggal ketika aku dalam kandungan…”kata Kwangmin lalu
mempelawa Youngmin masuk ke rumahnya.
“Mak,,kawan Min datang
nie!”jerit Kwangmin.
Youngmin melihat ke
dalam rumah. Tiba-tiba, sekeping foto yang dilekat pada dinding rumah tersebut
menarik perhatiannya.
“si…siapa?”Tanya
Youngmin sambil menunjuk kea rah foto yang dimaksudkan.
“Itulah ayah aku..hensem
kan?macam aku..hahaha”jawab Kwangmin bangga.
“Ayah…kau..?”Youngmin
merasakan dunianya kini berputar.
“Anakku!!!!”jerit Puan
Sunhwa apabila melihat Youngmin terjatuh ke atas lantai.
“Apa?” Kwangmin hairan.
****************************
“Mak mintak maaf
Youngmin. Mak tahu mak salah.. maafkan mak..”pinta Puan Sunhwa.
Kwangmin hanya terdiam
apabila mendengar ibunya menceritakan segala-galanya. Tidak disangka, lelaki
yang baru sahaja ditumbuknya tadi adalah darah dagingnya sendiri.
“Entahlah mak
cik..saya..maafkan saya..saya pergi dulu..”Youngmin beredar sebelum
menghabiskan ayatnya.
Hatinya sakit apabila
mengenangkan dia dijual oleh ibu kandungya sendiri. Dia berasa amat tidak
dihargai.
Kwangmin mengejarnya
dari belakang.
“Youngmin! Aku tahu, kau
mesti tengah marah..apa-apa pun, thankz..sebab kau,, aku masih boleh
hidup..”katanya lalu memeluk Youngmin erat.
Hati ego Youngmin
tersentuh dengan ucapan ikhlas dari Kwangmin, namun, dia tidak membalas. Dia hanya berlalu pergi tanpa
menoleh.
************************************
Keesokan harinya,
Youngmin datang dengan Puan Bora.
“saya sangat sayangkan
Youngmin.. saya dah anggap dia macam anak saya sendiri. Tetapi, tahun nie, dia
dah 17 tahun.dia harus tahu asal usulnya sendiri.Sekarang, saya serahkan dia
balik..Youngmin, mom hope u will never forget me..ajak Kwangmin sekali sekala
balik rumah kita tau..”Puan Bora mencium pipi anak kesayangannya itu. Berat
hatinya ingin melepaskan Youngmin.
Tapi, kerana itu jugalah
dia kembali ke Korea. Youngmin perlu menemui keluarga kandungnya.
"Mom, why rush? why dont we all stay at our house? you are always my mom..and, she is my omma..both of you are the same."jelas Youngmin sedih.
"Puan Sunhwa tak kisah ke?kalau puan dan kwangmin tinggal kat rumah kami?"tanya Puan Sunhwa sambil tersenyum.
"saya tak kisah. asalkan, saya dan kwangmin tak akan berpisah lagi dengan youngmin."jawabnya ikhlas, sambil memeluk youngmin dan kwangmin erat.
“dah..dah...tak yah nak sedih2 lagi..Youngmin..jom ki..Ouch!
apa nie?”jerit Kwangmin marah apabila Youngmin tiba-tiba memukul kepalanya.
“Apa Youngmin Youngmin? Hyung, okay?”kata Youngmin lalu disambut oleh tawa Kwangmin.
No comments:
Post a Comment