-->

For All Kpoppers

blog ini menampilkan cerita2 yang menarik..cumalah karya biasa..tapi,,watak2nya adalah dari idola2 kpop..!!hope u enjoy it..!!

Wednesday, August 22, 2012

b0yfriend or playb0y..??

BABAK 3 (BABAK AKHIR)

ARTIS
=) GIKWANG (LEE KI KWANG - BEAST)
=) JIA (MENG JIA - MISS A)
=) ELI (KIM KYOUNG JAE - UKISS)
=) HYUNA (KIM HYUNA - 4 MINUTE)







Jia merenung ke luar tingkap biliknya. Hujan yang turun bagaikan memahami perasaannya yang kini suram. Ingatannya terus kembali kepada perbualan Hyuna dengannya semalam.
*********************
       “Jia..kau kenapa?” soal Hyuna. Dia mengusap belakang Jia untuk menenangkannya.
Jia melihat ke arah kawannya.
“Hyuna, aku nak Tanya kau sesuatu boleh? Kau jawab jujur ea?”Jia meminta.
“Kau nak Tanya apa”Hyuna menjawab.
“Kau tahu siapa Gikwang?” jia menduga.
“Gikwang?”soalan Hyuna dibalas dengan anggukan Jia.
“kenapa kau tetiba Tanya tentang budak tu? Apa yang dia dah buat kat engkau? Kau nangis sebab budak tu ke?”bertalu-talu soalan keluar dari mulut Hyuna.
“Jawab jer lar..nanti aku ceritakan,”pinta Jia.
“A ar..kenal lar..Siapa tak kenal dengan mamat perasan handsome tu??eh jap! Memang handsome..sweet pulak tu..hehe..anyway, dia playboy terkenal dekat university kita nie..nape? dia kacau kau ke? Apa yang dia buat?” terang Hyuna.
Jia yang mendengar terkejut dengan pernyataan itu. Dia tidak menyangka kata-kata Eli sebentar tadi adalah benar. Rupanya selama ini Gikwang Cuma main-mainkan perasaannya sahaja.
Tetapi, jika difikirkan lagi, Gikwang tidak pernah sekalipun meluahkan perasaannya terhadap Jia. Mereka cuma bercinta dalam fikiran Jia semata-mata. Hakikatnya, mereka hanyalah teman tapi mesra!
Tiba-tiba, lamunannya mati apabila ringtone lagu Touch dendangan Miss A dari telefonnya bordering. Tertera nama Eli di skrin. Dengan malas, dia menekan punat terima.
“Yoboseyo?”jawab Jia.
“Thanks God..akhirnya U angkat gak call I..U okay?nape tak angkat time I call tadi..argh…nevermind…yang penting, U okay..”kedengaran suara Eli sedikit lega.
Jia sangat memahami perasaan Eli yang amat menyayanginya. Ya, bagi Eli..dialah segalanya. Namun, tidak bagi Jia. Eli hanyalah suku daripada dirinya. Yang selebihnya, hanya Tuhan yang tahu.
“I okay..dont worry,,”sahut Jia.
“U want to go out Jia? I want U to let off your depressed..”pelawa Eli.
“Nope..maybe next time..”Jia menolak. Dia tidak mampu untuk bertentang mata dengan Eli. walaupun Jia tidak setia, tetapi, Eli masih melayannya dengan baik. Jia menyalahkan dirinya sendiri kerana berlaku curang.
“Okay..but,, U have to promise me,,don’t make anything silly..”Eli cuba mengingatkan. Jia ketawa kecil.
“I’m not a kid..dont concern about me too much..think about yourself too,,oppa…”buat pertama kalinya, Jia memanggil Eli dengan gelaran OPPA. Bukan Eli tidak pernah meminta, namun, Jia berasa janggal hendak memanggil Eli dengan gelaran tersebut.
“What did U call me just now Jia?”Eli bersuara kurang pasti.
“Oppa,,I’ve to go now..Will call U later, okay..daa…”cepat-cepat Jia menghentikan perbualan.
Yes..oppa..Eli,, I will try to open my heart for U..

       

     Hyuna datang menghampiri Gikwang yang sedang berbual dengan beberapa orang gadis di pondok bacaan.
       “hei..playboy,,kau nie kan..ada masa lagikan nak berbual-bual kat sini lepas lukakan hati kawan aku?”tanpa memberi isyarat, Hyuna terus mencengkam kolar baju Gikwang.
       Gikwang panic, tapi, mebiarkan saja. Perkara seperti ini bukan kali pertama berlaku. Dah beberapa kali dah..
       “Okay,,before that..explain me,,why did u do this to me?”soal Gikwang.
       “oh..lepas kau buat bestfriend aku menangis sampai tak tentu arah..kau boleh Tanya kenapa?”Hyuna menengking Gikwang.
Dalam hatinya, hendak saja dia menumbuk muka Gikwang yang perasan kacak itu. Tapi, niatnya terpaksa dipendam. Tak pasal-pasal, dia pulak yang kena denda oleh pensyarah sebab buat kecoh dalam kawasan university.
“Your bestfriend? Who?”sekali lagi Gikwang menyoal. Dia memang tidak mengerti walau sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut Hyuna.
“siapa lagi kalau bukan Jia? Oh..lupa pulak..kau kan mamat playboy kan sini kan, mana nak ingat mangsa-mangsa kau!”Hyuna menyindir.
Namun, sindiran pedas Hyuna tidak memberi kesan dalam hati Gikwang. Gikwang lebih merisaukan keadaan Jia.
“Macam mana dengan keadaan Jia? Jia okay? Dia tak apa-apa kan?”bertubi-tubi soalan yang diutarakan oleh Gikwang.
Hyuna segera melepaskan cengkaman di kolar baju Gikwang. Dia pelik apabila Gikwang seakan-akan begitu ambil berat akan Jia.
“Kau demam k?Kau salah ambil ubat?Nape kau kisah sangat dengan Jia?taktik baru kau nak pikat perempuan k?”Hyuna menduga.
“Aku suka kat dia!”jawapan yang membuatkan Hyuna terkedu. Tak sangka pulak kata-kata cinta boleh keluar daripada Gikwang.
       “Jia..jom keluar makan. Aku belanja..”Hyuna cuba memancing.
       “Tak nak lar..aku malas nie..”jawab Jia jujur.
       “ala..kau tak sayangkan aku lagi k?kau dah tak nak kawan ngan aku lagi erk?sampai hati kau..huhuhu..”hyuna memujuk dengan gayanya yang comel. Dia tahu, dengan cara ini, Jia tak mungkin akan menolak pelawaannya.
       “guna lagikan taktik kotor kau tu..ala..jom lah!”persetujuan Jia disambut tepukan kecil dari Hyuna. Huh, berhasil lagi taktik aku nie.. katanya dalam hati.
       “Kita nak makan kat mana?”Jia menyoal sambil membetulkan topi yang dipakainya.
       “Aku nak makan kat kafe baru yang kat depan university kita nie..aku tengok, macam sedap jer..ramai gak orang datang kat sana tau..”jawab Hyuna lalu menarik tangan Jia. Dia teruja apabila membayangkan drama yang akan berlaku di kafe tersebut nanti.
       “Sorry Jia..aku terpaksa tipu kau..”bisik hati kecil Hyuna. Dengan cara itu saja, dia akan dapat menyatukan cinta antara Jia dan Gikwang.

*************************
“Aku suka kat dia!”jawapan yang membuatkan Hyuna terkedu. Tak sangka pulak kata-kata cinta boleh keluar daripada Gikwang.
“Hah?”dahi Hyuna sudah pun berkerut meminta penjelasan.
“Aku tak tahu macam mana..aku just..I mean,,i…entah..perasaan tu tetiba jer datang..sedangkan, aku tak minta semua tu berlaku..”Gikwang menjelaskan. Walaupun penjelasannya kedengaran kurang pasti, tapi, perasaanya terhadap Jia adalah benar.
“Habis tu, yang kau masih lepak kat sini dengan perempuan-perempuan ni semua, kenapa?”Hyuna menunjuk ke arah sebuah kumpulan yang duduk bersama dengan Gikwang sebentar tadi.
“Mereka kawan sekelas dengan Jia..aku Tanya diorang tenatng Jia. Aku nak luahkan perasaan aku dengan Jia,,tapi,,aku tak tahu macam mana..sebab tu lah aku minta tolong diorang..”penjelasan Gikwang disambut Hyuna dengan ketawa.
“ala…tak mungkin kau tak tahu macam mana? Hello?? Kau nie playboy terkenal lar..tak mungkin kau tak tahu macam mana nak pikat perempuan? Kenapa? Tak sempat nak belajar ke macam mana nak pikat perempuan?”Hyuna ketawa kecil.
“Aku tahu..tapi,,aku nak lakukan sesuatu yang Jia akan ingat buat selama-lamaynya..kerana, Jia teramat istimewa bagi aku..”Hyuna menatap mata Gikwang. Dia dapat merasakan Gikwang ikhlas apabila mengatakan kata-kata itu sebentar tadi.
“kalau macam tu, aku akan tolong kau..”Gikwang mengalihkan pandangannya ke arah Hyuna. Seakan-akan tidak percaya bahawa Hyuna akan menolongnya.
“Tapi, kita kena jumpa dengan Eli dulu.. kau mesti settlekan perkara nie baik-baik..”arah Hyuna. Gikwang hanya bersetuju.

       “Kau yakin kau boleh bahagiakan Jia?”serius Eli menanyakan soalan terhadap Gikwang.
       Anggukan Gikwang seakan-akan meruntuhkan satu tembok kecurigaan di hati Eli. tak tahu mengapa, tapi, Eli amat percaya dengan Gikwang.
       “Kalau begitu, aku serahkan Jia kepada engkau. Jagalah dia dengan baik. Kalau kau boleh buat dia gembira, aku sedia untuk mengalah.
       “Terima kasih, Eli..aku tak akan hampakan kau..”Gikwang memeluk Eli tanda persahabatan yang baru terjalin. Eli membalasnya dengan erat.  
       “Jia..aku doakan kau bahagia selalu..”doa Eli dalam hati.
**********************
       “Eh ..hello…kau tak dengar kea pa yang aku Tanya kat kau nie?” Jia menyiku lengan Hyuna.
       “ah? Apa?” soal Hyuna bagaikan orang yang baru tersedar dari mimpi.
       “aku Tanya, kenapa tempat nie kosong? Kau kata tadi, banyak orang yang selalu datang kat sini..”Jia memandang kea rah sekeliling, namun tiada seorang pun di sana.
       “Entah..whatever lah..jom duduk..”mereka terus mengambil tempat duduk yang tersorok.
       “Kau nak makan apa?”Hyuna menyoal.
       “As usual, chocolate mint!”Jia tersenyum.
       “Okay..wait a minute!”Hyuna memberi isyarat untuk beredar. Jia hanya mengangguk kecil.
      “Girl, I still regret a lot.. I wanna, I wanna turn back times.. Baby girl,, Even if I try to erase your presence..and even your name I cant forget,,I,,who pussed your clinging body away..I,,who regretted after sending you away..I miss you like this..” tiba-tiba, kedengaran suara Gikwang yang menyayikan lagu I’m Sorry nyanyian kumpulan Beast dari arah belakang Jia.
       Jia menoleh. Dia tergamam apabila Gikwang mendekatinya sambil membawa minuman yang dipesannya tadi.
       “Apa yang awak buat kat sini?”Jia menanya dengan panic.
       “Saya tahu, selama nie, saya dah jadi kejam sangat..main-mainkan perasaan perempuan..tapi sekarang, saya sedar, saya telah jatuh cinta kat awak..”Gikwang tersenyum sambil memerhatikan muka Jia yang sudah lama tidak ditatapnya.
       “Gikwang,,tapi,,saya dah ada boyfriend..”Jawab Jia. Dia kini sudah memilih untuk setia kepada Eli.
       “Tak apa Jia..Oppa dah lepaskan Jia. Oppa tak nak Jia menyesal dengan tindakan Jia..Oppa tahu,,Jia sukakan Gikwang kan? Oppa sanggup berunduur,,asalkan Jia bahagia!”Eli menjerit dari tingkat atas kafe sambil melambai-lambai ke arahnya. Di sebelah Eli, Hyuna tersenyum nakal sambil memeluk tubuh.
       “Oppa..Jia,,”Jia kurang pasti. Namun, kemudian, dia tersenyum dan terus mengangguk.
       “Tapi,,kenapa awak bawa nie jer? Tak de ke bunga..or..benda lain?” Jia pura-pura merajuk.
       “Ada..jap..”Gikwang memberi isyarat kepada Eli dan Hyuna.
       Eli dan Hyuna memandang antara satu sama lain.
       “Hana ..dul..set..!!”Mereka terus menerbangkan belon-belon yang sudah pun disiapkan dari tadi.
       “Saya … Cinta.. Awak.. J.I.A..”Jia membaca setiap perkataan yang dituliskan di belon itu. Dia tersipu malu.
       “Eh jap! Jangan lupa nie!”Hyuna menerbangkan burung merpati yang telah disewa khas dari kedai haiwan. Burung tersebut sudah pun dilatih oleh pakar-pakar haiwan agar mendengar kata atau arahan yang diberikan.
       Gikwang membuka ikatan di kaki burung tersebut. Sebentuk cincin telah pun diikiat bersama. Jia kagum melihatnya.
       Air mata yang mengalir di pipi Jia terus diseka oleh Gikwang.
       “Saya tak suka tengok awak menangis. Lepas nie, jangan nangis lagi k? Jia, saya suka awak..terimalah ini sebagai bukti cinta saya..” Gikwang menghulurkan cincin kepada Jia.
       “Saya suka awak gak..”Jawab Jia lalu menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Gikwang. Ya, ciuman pertamanya telah menjadi milik Gikwang.
       “Mulai sekarang, aku akan terus mencintaimu Jia..”ucap Gikwang dalam hati.
       “Aku pun..”Jawab Jia. Dia seolah-olah tahu apa yang bermain dalam fikiran Gikwang.



Posted by ellia at 3:09 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, August 17, 2012

b0yfriend or playb0y..??


BABAK KE-2

=) GI KWANG (LEE GI KWANG - BEAST)
=) JIA (MENG JIA - MISS A)
=) ELI (KIM KYOUNG JAE - UKISS)
=) HYOSUNG (JUN HYO SUNG - SECRET)
=) LEE JOON (LEE CHANG SUN - MBLAQ)
=) HYUNA (KIM HYUNA - 4 MINUTE)





“Apa yang U buat nie Jia? I percayakan U selama ini.. tapi, ini yang U balas?”Eli menghamburkan perasaan marhanya kepada Jia. Nada suaranya jelas mengatakan dia kecewa akan apa yang telah Jia lakukan. Keretanya laju memecut jalan raya yang kebetulan lenggang ketika itu.
       “Eli..sabar..hati-hati sikit.. I tahu I bersalah.. tapi,, bawa kereta nie perlahan sikit. I tak nak perkara yang tak diingini berlaku nanti..”Jia cuba menenangkan Eli. pelbagai perkara buruk telah bermain dalam fikiran.
       Eli memberhentikan kereta ke bahu jalan. Dia memandang Jia dengan pandangan sayu. Jia terdiam.
       “Jia..awak tahu tak siapa Gikwang? Gikwang, playboy terkenal kat university kita! Kenapa U pandai sangkut pulak dengan budak tu?” Eli menyoal Jia.
       “apa yang U cakap.. I tak faham..” Jia mengerutkan dahinya. Dia memang tidak memahami apa yang dikatakan oleh Eli.
       “Gikwang tu playboy Jia! Dah berapa orang entah minah yang dah dimain-mainkan oleh budak tu.. dia memang macam tu.. dia tak pernah serius dalam perasaan!”Eli mengutuk Gikwang.
       “Enough Eli! Enough! Kalau ya pun U jealous kat Gikwang, jangan sampai U tuduh bukan-bukan ngan dia.. I tahu dia siapa.. sepanjang I berkawan dengan dia, tak pernah sekalipun dia keluar dengan perempuan lain selain I,” jia mempertahankan Gikwang.
       Dia yakin, Gikwang bukanlah seseorang yang suka mempermainkan perasaaan orang seperti yang dikatakan oleh Eli. dia yakin Eli Cuma cemburu sehinggakan sanggup mereka-reka cerita agar dia membenci Gikwang.
       “I cakap benda yang betul Jia.. kenapa U tak percayakan I? kenapa U lebih percayakan mamat poyo tu? Jia, I..” kata-kata Eli terputus apabila Jia menjerit.
       “Cukup! I tak nak dengar lagi! Dah! I keluar!” Jerit Jia serentak keluar dari kereta. Dia menghempaskan pintu dengan kuat.
       Eli terkejut. Dia meluru keluar dan mendapatkan Jia.
       “Jia, I sayangkan U.. I really-really love U.. okay, fine..kalau U tak nak percayakan I, tak pe..but, now..Let me bring U home.. I tak nak something bad happen at U,” Eli memujuk. Dia lebih mementingkan keselamatan Jia daripada perasaannya sendiri.
       Jia memandang Eli. raut wajah Eli yang sangat mencintainya ditatap puas. Tapi, perasaannya ketika menatap wajah Eli tidak seperti ketika dia menatap wajah Gikwang.
       Akhirnya, dia mengangguk lemah. Dia tahu, dia tidak sepatutnya menduakan perasaannya terhadap Eli. namun, entah mengapa. Hatinya telah dicuri oleh Gikwang.

       Gikwang berjalan masuk ke dalam rumah sewaanya dengan payah. Kakinya yang terluka masih mengalirkan darah. Sebaik sahaja dia merebahkan punggung ke atas sofa, dia mengeluh. Matanya seolah-olah sedang melihat wajah Jia yang menangis.
       “kenapa dengan aku nie? Kenapa aku rasa bersalah pulak tengok Jia menangis? Selama ini, memang aku selalu buat pun perempuan menangis. Bukan sekali, malah berkali-kali.. tapi, tak pernah pulak aku kisah..malah, tangisan mereka bagaikan kemenangan pada diriku.. mengapa? Tak mungkin aku dah jatuh cinta kat dia? Tak mungkin..aku bencikan perempuan! Aku tak mungkin aku mencintai Jia!” Gikwang menghentak meja. Dia membaling buku yang ada di atas meja tersebut. Semuanya bertaburan di atas lantai.
       Tiba-tiba, fikirannya melayang ke arah perkara yang berlaku 5 tahun yang lalu. Perkara itulah membuatkan dia membenci perempuan hinggakan menjadikan dia seorang playboy pada masa sekarang.
*************
       Gikwang menanti Hyosung di taman bunga. Dia ingin membuatkan kejutan untuk HyoSung pada ulang tahun ke-100 mereka. Dia tahu, Hyosung sangat suka akan bunga, lebih-lebih lagi bunga mawar berwarna merah jambu.
       Hyosung datang tepat pada masanya. Dia mengenakan skirt pendek berwarna kuning dan blouse panjang berwarna putih. Rambutnya yang panjang diikat dua. Penampilannya walaupun ringkas, tetapi tetap comel di mata Gikwang.
       Gikwang tersenyum. Dia terus mendapatkan HyoSung dan membawanya duduk di bangku berdekatan.
       “Awak Nampak comel..”puji Gikwang ikhlas.
       “Thanks,,” jawab Hyosung sambil tersenyum. Namun, senyuman Hyosung tidak seperti selalu. Seakan-akan, ada sesuatu yang disembunyikan di sebalik senyuman tersebut.
       Namun, perkara tersebut tidak diendahkan oleh Gikwang. Dia hanya mahukan Hyosung gembira pada hari yang amat bermakna bagi mereka.
       “Awak.. sebenarnya, saya ada perkara yang hendak saya bagitahu..saya..”Hyosung tidak meruskan kata-katanya apabila Gikwang tiba-tiba melutut.
       “Apa yang awak buat nie?” Hyosung gelabah.
       “Hyosung, selamat ulang tahun yang ke-100..ini hadiah saya untuk awak..”Gikwang menghadiahkan sejambak bunga mawar berwarna merah kepada Hyosung.
       Teragak-agak Hyosung untuk menerimanya. Gikwang tersenyum lalu duduk di sebelah Hyosung.
       “Anyway, apa yang awak nak bagitahu tadi?” Gikwang tertanya-tanay apabila teringatkan kata-kata Hyosung yang terputus sebentar tadi.
       “I’m sorry Gikwang..I want U to meet someone..”ujar Hyosung.
       Tiba-tiba, datang seorang lelaki mendekati mereka.
       “Kenalkan..nie Lee Joon..Lee Joon, nie Gikwang..” Hyosung memperkenalkan mereka berdua. Lee Joon menghulurkan tangan untuk bersalam, tetapi, salamannya hanya dibiar tanpa dibalas.
       “Apa maksud semua nie? kau siapa?”soalan itu ditujukan kepada Lee Joon. Dia berdiri mendekati Lee Joon.
       “aku dan Hyosung dah lama bercinta.. Cuma, dia tidak berani nak bagitahu kat kau.. dia tak nak kau kecewa. Tapi, hari nie..dia bagitahu gak..sebab..dia pilih aku,,bukan kau..”ucap Lee Joon sambil memeluk bahu Hyosung.
       Gikwang tidak dapat menerima kata-kata Lee Joon. Baginya, Lee Joon hanya menduga dirinya.
       “Hyosung, katakan awak hanya main-main jerk an? Awak bergurau kan?” Gikwang memohon.
       “Maafkan saya Gikwang..”kata Hyosung. Dia meletakkan bunga tadi ke atas bangku lalu berjalan pergi ditemani oleh Lee Joon.
       Gikwang terduduk di atas bangku. Bunga mawar tadi dilemparkan ke bawah.
       “Sanggup kau buat aku macam nie? aku berjanji aku akan balas balik perbuatan kau itu Hyosung!”Gikwang bersumpah dalam hati.
       Dia menghantar Hyosung dan Lee Joon pergi dengan hati yang membara.
      
***********************
       “Kau lah penyebab segala-galanya Hyosung! Disebabkan kau lah aku jadi macam nie!”tanpa disedari, tangannya telah hinggap ke cermin. Membuatkan cermin itu pecah. Darah laju keluar dari luka yang dalam.
       Walaupun tangannya sakit, tapi, hatinya lagi pedih. Kenangan masa lalu disimpannya menjadi dendam,
       Dia mengambil sapu tangan dalam laci almari. Tiba-tiba, matanya menangkap gambar Jia yang terselit di bawah buku dalam laci itu.
       “Jia..kau telah mengubah segala-galanya.. mengapa hati aku mulai terbuka semenjak aku berjumpa dengan kau? Apa yang telah kau lakukan pada aku?”Gikwang mengambil gambar tersebut.
       “Jia,,kau dah curi hati aku..aku kalah dalam permainan ku sendiri..” akui Gikwang.

       Jia menghempaskan dirinya ke atas katil. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia tidak sangka pertemuannya dengan Gikwang hari ini akan menimbulkan permasalahan antara dia dan Eli.
dia tidak mencintai Eli, tapi, dia sangat mengHormati Eli. mungkin, hormat sebagai seorang adik kepada seorang abang.
Hyuna, kawan sebiliknya yang juga teman karibnya hairan melihat Jia menangis. Selama ini, tidak pernah sekali pun dia melihat air mata Jia. Jia tidak akan menangis di hadapan orang lain. Dia lebih suka memendam perasaan daripada meluahkannya.
“Jia..kau kenapa?” soal Hyuna. Dia mengusap belakang Jia untuk menenangkannya.
Jia melihat kea rah kawannya.
“Hyuna, aku nak Tanya kau sesuatu boleh? Kau jawab jujur ea?”Jia meminta. 
“Kau nak Tanya apa”Hyuna menjawab.
Jia memandang ke arah tingkap bilik mereka. Pandangannya kosong. Hyuna menanti soalan Jia dengan setia.
*bersambung........*

Posted by ellia at 9:38 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, August 16, 2012

b0yfriend 0r pLayb0y..??

ARTIS

1/Gikwang (LEE GIKWANG - BEAST)
2/Jia (MENG JIA - MISS A)
3/Eli (KIM KYOUNGJAE / ELI KIM - UKISS)


"Jia..dah lebih lima kali I tanya u soalan nie. Dulu, I dapat terima tolakan U sebab u cakap u nak tumpukan perhatian untuk SPM..tapi, sekarang, SPM dah lepas.. jadi, sudi tak u jadi girlfriend I? “ Eli menyoal dengan penuh harapan. Dia melutut di khalayak ramai hingga membuatkan mereka menjadi tumpuan ramai.
       Jia malu apabila diperlakukan sebegitu rupa. Mata masyarakat yang lalu lalang hinggap pada mukanya.
       “apa yang aku nak buat nie? Mamat nie pulak..nak malukan aku ke? “ Jia merungut dalam hati.
       “Eli, bangunlah.. jangan lar macam nie..malu tau, orang tengok, “ Jia sedikit merayu.
       “biarlah orang tengok.. asalkan mereka tahu..betapa besarnya cinta I terhadap U! I tak akan bangun sampai U nak jadi girlfriend I! please Jia.. I really love u! “ Eli berkeras.
       Orang ramai mulai berbisik. Ada yang menjerit supaya Jia menerima Eli. Ada juga yang cemburu apabila melihat situasi tersebut. Ya lah kan? Siapa tidak cemburu apabila orang lain diperlakukan dengan romantic sekali?
       “I terima U, “ lambat-lambat Jia menuturkan persetujuannya. Bukan dia rela, Cuma tidak mahu menjadi bualan orang lagi.
       Eli berasa amat gembira. Dia lantas berdiri hendak memeluk Jia. Jia sempat mengelak lalu mencubit lengan Eli. Eli tersenyum sinis sambil mengenyitkan matanya kepada Jia. Dia tahu, Jia amat menjaga batas antara lelaki dan perempuan.
       Jia mengeluh berat. Dia tidak pasti dengan tindakan yang baru dilakukannya sebentar tadi. Adakah dia mampu menerima Eli sebagai kekasihnya? Adakah itu memang kehendak hatinya? Mahu atau tidak, Eli sudah rasmi menjadi kekasihnya beberapa minit yang lalu.
      
Kisah percintaan Eli dan Jia tersebar luas di university tempat mereka belajar. Kedua-duanya memang bijak, hinggakan selepas SPM, mereka terus mendapat tawaran untuk menuntut di university dalam bidang yang berlainan.
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, kedua-duanya menerima tawaran tersebut dengan gembira. Sejak hubungan mereka didedahkan, Eli lebih kerap menemui Jia. Setiap hari, dia akan mengajak Jia untuk keluar lunch bersama dan menghantar Jia balik ke kolej.
Pernah juga Jia menolak dengan beberapa alasan. Namun, alasan Jia dapat dipatahkan dengan rayuan Eli. bukan Eli mengokong, tetapi, terlalu protective hinggakan Jia berasa makin bosan. Kehidupannya bagaikan diikat dengan tali. Tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan perkara yang dia inginkan.

“I on the way pergi kuliah nie..i dah lambat..u kol I balik nanti k?”jia menekan punat off telefon bimbitnya. Dia beralari anak menuju ke arah bilik kuliah yang selang beberapa meter lagi jaraknya.
Tiba-tiba, dia terlanggar seorang lelaki dari arah yang berlainan. Kedua-dua mereka terjatuh dan serentak mengaduh kesakitan.
“Maafkan saya. Saya dah lambat nie..maafkan saya..saya pergi dulu..sorry once more! “ jia mengemas bukunya yang jatuh lalu melajukan langkahnya menuju ke bilik kuliah. Dalam fikirannya hanya satu, mati lah kalau prof marah!
 Lelaki tadi bangun lalu menepuk-nepuk seluarnya yang kotor. Tiba-tiba, matanya menangkap sekeping gambar di atas lantai.
“nie gambar budak tu ke? Sweet jugak..”matanya asyik menatap wajah Jia.tiba-tiba, fikiran jahatnya bermain dalam fikiran. Otaknya yang licik ligat merencanakan sesuatu. Dia tersenyum sendirian.
        
       “Hai,,”Jia hairan apabila disapa oleh seorang lelaki.
       “hai?”jawabnya penuh persoalan.
       “la,,tak ingat saya ke? Awak langgar saya pagi tadi..tak ingat ke?”lelaki itu mengingatkan.
       “Oh..awak rupanya. Saya minta maaf ya tentang pagi tadi..saya memang tak sengaja..lagipun , saya dah lambat sangat.. nasib baik prof tak marah..”jujur Jia katakan.
       “tak pe..saya faham..anyway,,saya Gikwang. Awak?”Gikwang memperkenalkan diri.
       “Saya Jia. Nice to know u..”Jia menjawab sambil tersenyum.
       “Jom saya belanja makan..nak kenal awak lagi..boleh?” tawaran Gikwang dibiar sepi apabila telefon Jia berdering. Skrin menunjukkan nama Eli. Jia memberi isyarat yang dia harus beredar.
       “Awak! Saya nak minta number awak lah!” Gikwang sedikit menjerit apabila Jia menapak pergi.
       “Lain kali k?” jawab Jia.

       Jia sedang melayari internet di kafe kolej sambil menikmati capuchino yang dipesannya tadi. Dia tidak perasan bahawa sepasang mata tengah melihat gerak gerinya.
       Gikwang berjalan menuju ke arahnya. Salam yang diberikan mengejutkan Jia. Hamper sahaja air dimulutnya tersembur keluar. Jia tersedak dan terbatuk-batuk.
       Gikwang bertindak pantas dengan mengeluarkan sapu tangan lalu menghulurkannya kepada Jia. Sapu tangan bertukar tangan. Gikwang menuju kea rah kaunter dan memesan air mineral. Air itu diberikan juga kepada Jia.
       Jia terharu dengan keprihatinan Gikwang. Sejenak dia terlupa tentang statusnya, iaitu kekasih orang.
       “Awak okay?” gikwang merapatkan mukanya dengan Jia apabila dia mendapati Jia seakan-akan sedang mengelamun. Jia tergamam. Dia menjauhkan mukanya daripada Gikwang.
       “o..okay..” jawabnya.
       “huh..nasib baik..saya mintak maaf lar buat awak terkejut tadi.” Gikwang menunjukkan muka sedih. Dia meraih simpati daripada Jia.
       “Tak pe..” Jia memaafkannya.
       “k lah..saya pergi dulu..saya tahu awak marah, “ ujar GIkwang sambil mengorak langkah untuk pergi. Dalam hatinya, dia berharap agar Jia menahannya.
       Harapannya termakbul apabila Jia memanggil namanya. Dia memalingkan muka.
       “Ala..ape lah awak nie..saya tak kisah..”Jia separuh memujuk.
       “Kalau macam tu, bagi number awak kat saya?” Gikwang mengumpan.
       “Bagi phone awak..” Jia meminta. Gikwang gembira kerana rancangannya berhasil. Sebaik sahaja telefon bimbit Gikwang dipulangkan, dia meminta diri kerana masih ada kuliah.
      
       Sejak itu, ingatan Jia terarah kepada Gikwang. Dia seperti merindui untuk berborak dengan Gikwang. Perasaan itu tidak pernah ada dari dirinya pada Eli. dia membuat kesimpulan, mungkin cintanya tercipta untuk Gikwang.
       Eli perasan akan perubahan yang berlaku kepada kekasihnya itu. Dia berasa risau. Tapi, dia yakin, Jia tidak mungkin akan mencurangi dirinya.

       Jia dan Gikwang berjanji untuk berjumpa di padang skateboard. Gikwang, master dalam “sukan” tersebut ingin menunjukkan segala kemahirannya kepada Jia. Dia ingin mengagumkan Jia.
       Ya, Jia memang kagum. Tetapi, kekagumannya terhenti apabila Gikwang terjatuh daripada skateboard. Seluarnya terkoyak menunjukkan kakinya yang terluka. Darah mengalir keluar.
       “Gikwang!” jia terjerit. Dia meluru ke arah Gikwang.
       “Saya tak apa-apa. Jangan risau.” Kata Gikwang sambil mengerutkan dahi menahan sakit. Sempat dia mengerling kea rah Jia untuk melihat reaksinya.
       Gikwang terkedu apabila melihat air mata sudah mengalir dari mata kecil Jia. Mata Jia yang berkaca menarik perhatian Gikwang. Cantiknya.. gikwang memuji dalam hati.
       “Awak mengapa?” Gikwang memegang bahu Jia untuk menenangkannya.
       “saya tak suka tengok awak sakit. Jangan buat macam nie lagi.. saya tak suka..” Jia menjawab tersekat-sekat. Tangisannya menyukarkan dia untuk bercakap.
       Jia menyapu darah yang mengalir menggunakan tisu yang dibawanya dalam beg tangan. Gikwang terdiam. keikhlasan Jia menyentuh perasaannya.
       “U buat apa nie Jia?” jia terkejut apabila Eli tiba-tiba datang dari belakang.
       “Eli.. I Cuma…I..” Jia tidak mampu untuk menjawab soalan Eli. dia tahu, hatinya bukan untuk Eli, tapi, untuk Gikwang.
       “I percaya dengan U jia. Tapi, ini yang u balas?” nada percakapan Eli jelas menandakan dia amat kecewa dengan Jia.
“I minta maaf Eli.. I,, I…” tanpa sempat Jia mengahbiskan bicaranya, Eli menarik tangan Jia dan membawanya pergi. Gikwang hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa.
      
(Apakah kesudahan cerita ini nanti?? Nantikanlah sambungannya..)
Posted by ellia at 7:52 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, August 15, 2012

You Are My Lady

ARTIS

=)Yoseob (Yang Yoseob-BEAST)
=)Ji Eun (IU)
=)Ki Oppa (Lee Hongki-FT ISLAND)
=)Sunkyu (Sunny-SNSD)



Ji Eun merebahkan dirinya ke atas katil, cuba mencari kewarasan di mindanya. Namun, cuma luahan hati HongKi, abang angkat kesayangannya bermain di kotak fikiran.
Oppa sayang Ji Eun. Tapi, bukan seperti sayang seorang oppa terhadap dongsaeng. Tapi, seorang lelaki kepada seorang wanita. Oppa harap, Ji Eun akan terima hati oppa. Jangan jawab sekarang.. Ji Eun fikirlah dulu.. Oppa faham.. Ya, kata-kata itulah yang telah diucapkan oleh Hongki kepadanya dan kata-kata itu jugalah yang membuatkan hatinya gusar sekarang.
“Nape dengan kau nie? Mengelamun je dari tadi? Ada masalah ke?”pertanyaan yang tiba-tiba daripada SunKyu membuatkan Ji Eun terkejut. Dia memandang muka kawan karibnya itu.
“Ala, kau nie kan. Benda macam tu pun kau nak risaukan gak? Kau terima jer lar dia.. apa susah?” selesai sahaja Ji Eun menceritakan masalahnya, SunKyu cuba memberi cadangan.
“Kau cakap senang ar. Kau bukannya tak tahu, siapa yang ada dalam hati aku nie,, yang selama ini aku suka..”Ji Eun melemparkan pandangannya ke luar tingkap bilik asrama sekolah.
Fikirannya tiba-tiba melayang kepada pertemuan pandang pertama dengan seorang sunbae di sekolahnya, mebuatkan dia terus jatuh cinta. Semenjak itu dia tidak pernah mampu untuk menerima lelaki lain dalam hidupnya.
Kalaulah aku boleh putar balik masa, aku tak akan mahu berjumpa dengan kau. Kau telah curi kunci hatiku, namun, mengapa kau tak pernah mencuba untuk membuka dan mengambil hatiku pergi? Ji Eun bermonolog dalam hati. Entah bila, dia tertidur dan terus dibuai mimpi.
SunKyu yang melihat kawannya itu cuma mampu mengeluh tanda kasihan.

Hari ini, sekolah berakhir seperti biasa. Para pelajar telah pun balik ke asrama untuk berehat. Namun, Ji Eun masih berada di dalam kelasnya. Kelihatan dia sedang menulis sesuatu di kertas dan melipatnya kemas.
Setelah itu, dia terus keluar dari kelasnya, lalu berjalan menuju ke kelas 4Sains1. Setibanya berada di pintu kelas tersebut, Ji Eun menjenguk ke dalam.
Yes, there is no one here! Jerit hati Ji Eun kegembiraan. Dia terus mengorak langkah kakinya menuju ke tempat duduk YoSeob, si jejaka yang telah bertakhta di hatinya.
Ji Eun sudah berazam untuk meluahkan perasaannya terhadap Yoseob. Tetapi, jika YoSeob memberikan respond yang negative, dia akan mengalah dan akan membuka hatinya untuk HongKi.
Ji Eun membuka laci meja YoSeob dan mengambil sebuah buku yang berada di dalamnya. Tanpa disangka, Ji Eun terambil buku diari YoSeob.
Mungkin dia tertinggal buku nie tadi kot..hehehe…nak tahu apa yang dia tulis dalam nie..baca lah..kedengaran suara nakal hati Ji Eun berbisik.
I miss you..even you are at my side..
I always want to be with you..
Forever, this love is for you.. my princess..
“Hei!kau buat apa tu?”kedengaran suara yang mengertak Ji Eun dari belakang membuatkan buku yang dipegangnya jatuh.
Ji Eun terkejut. Tanpa menoleh, dia bergegas keluar melalui pintu belakang kelas 4Sains1. Air mata laju mengalir melalui matanya.
Kenapa aku bodoh sangat? Rupanya, YoSeob dah ada girlfriend! Apa yang aku fikir selama ini?! Ji Eun menjerit dalam hatinya.
“Siapa pulak budak tu? Jap, apa benda pulak nie?”rupanya, orang yang telah menegur Ji Eun tadi ialah YoSeob. Dia terus mengambi buku diarinya dan surat yang ada di atas lantai.
“ Mungkin budak tu tertinggal surat nie tadi kot,”dia sendiri kurang pasti.
YoSeob mebuka surat tersebut dan membacanya. Di bibirnya, terselit senyuman misteri, antara suka atau tidak. Namun senyuman itu mati tiba-tiba.
Budak tu mesti Ji Eun..eh, jap! Diari aku! Dia baca diari aku! YoSeob terus keluar, mencari kelibat Ji Eun. Namun, hampa. Ji Eun sudah pun lama meninggalkan tempat itu.

“Kau dah fikir betul-betul ke nie?”Sunkyu menyoal.
“A ar.. aku dah fikir betul-betul..aku yakin yang Ki Oppa betul-betul sayangkan aku..”jawab Ji Eun lemah.
“Tapi, YoSeob macam mana?”Sunkyu terus bertanya.
“Dah lah..aku tak nak dengar nama dia lagi..kau pun tahu apa yang aku baca dalam diari dia hari tu..dah sah-sah yang dia tu ada kekasih..kau tolong lah bagitahu Ki Oppa yang aku nak jumpa dia esok lepas sarapan kat kelas aku..lagipun, esok kan Sabtu..tak da masalah kan?”Ji Eun sudah pun membuat keputusan untuk memilih HongKi. Mungkin, dia lah yang terbaik.

“Hai..”kedengaran satu suara menegur Ji Eun dari belakang.
Ji Eun menoleh. Dia panik apabila mendapati orang tersebut bukanlah HongKi, tetapi YoSeob.
“Sunbae, awak buat apa kat sini?”dengan tergagap-gagap, Ji Eun bertanya.
“Awak rasa?hahaha,,tak pe..jangan risau..saya datang sini sebab Ki Hyung yang suruh..”YoSeob menjawab sambil ketawa kecil.
“Oops..sorry,,sunbae…saya rasa Ki Oppa dah salah cakap kot..saya pergi dulu..”Ji Eun hendak beredar tapi tidak sempat. YoSeob lebih cepat menarik tangannya dan mengarahkannya untuk duduk.
Ji Eun akur dan terus duduk bertentangan dengan YoSeob. Kemudian, YoSeob mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluarnya.
Mata Ji Eun membulat apabila melihat benda yang berada di tangan YoSeob. Surat yang ditulis olehnya untuk YoSeob..luahan hatinya berada dalam surat itu. Ji Eun berasa sangat malu. Dia terus merampas surat itu dari YoSeob.
“Sunbae, saya dapat jelaskan..saya..surat..saya..”Ji Eun tidak mampu berkata lagi.
“Saya suka awak..”kata-kata itu membuatkan Ji Eun terkejut. Dia memandang tepat ke mata YoSeob.
“Sunbae?”Ji Eun bertanya kurang pasti.
“Please, don’t say anything that you are force too.. I have to go,”air mata Ji Eun mengalir bersama-sama dengan langkah kakinya.
“Please don’t cry.. If you really want to know, this is your answer..” langkah kaki Ji Eun terhenti apabila mendengar kata-kata YoSeob.
YoSeob menghulurkan buku diarinya kepada Ji Eun. Dengan teragak-agak, Ji Eun mengambilnya.
“Read what had you read before.. I am sure that you will know what I meant..” YoSeob memberikan satu senyuman manis di bibirnya.
Forever, this love is for you.. my princess..
Ji Eun,, you are my lady..
Itulah sambungan kata-kata yang Ji Eun baca dulu. Dia memandang YoSeob dengan penuh persoalan. Namun, tiada satu patah pun perkataan yang keluar dari mulutnya.
“I miss you..even you are at my side..I always want to be with you..Forever, this love is for you.. my princess.. Ji Eun,, you are my lady..” YoSeob terus mendakap Ji Eun dengan erat.

“Sunbae tak menyesal ke dengan apa yang sunbae lakukan ni?”soal SunKyu kepada HongKi. Mereka berdua yang melihat dari jauh telah pun merancang semuanya.
“Jika itu untuk kebahagian Ji Eun, it’s okay..” HongKi menjawab dengan senyuman pasti.






.

Posted by ellia at 3:46 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

hye

hye all,,,start dri hari nie, aku nk letak karya2 karangan aku kat dalam blog nie..n,,un2k jdikan karya aku lbih mnarik,,watak2 tersebut akan dilakonkan oleh idola2 dri kpop world..!!hope u all enjoy it..!!
Posted by ellia at 3:19 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Pet Hamster

  • Home

Followers

Blog Archive

  • ►  2015 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (6)
    • ►  November (1)
    • ▼  August (5)
      • b0yfriend or playb0y..??
      • b0yfriend or playb0y..??
      • b0yfriend 0r pLayb0y..??
      • You Are My Lady
      • hye

About Me

My photo
ellia
i always happy but sometimes, i feel really tension.. hehe..
View my complete profile
]]>
Powered by Blogger.