-->

For All Kpoppers

blog ini menampilkan cerita2 yang menarik..cumalah karya biasa..tapi,,watak2nya adalah dari idola2 kpop..!!hope u enjoy it..!!

Sunday, November 18, 2012

Friend,, I LOVE U..!!


               
Pelakon..
1/ Kevin (Woo Sung Hyun_U kiss)
2/ Iu (Lee Ji Eun)
3/ Suzy (Bae Soo Ji_Miss A)
4/ Sandara (Park Saandara_2ne1)
5/ Minzy (Gong Minji_2ne1)




                Iu  melihat Kevin dan Suzy sedang berjalan bersama-sama menuju ke kantin sambil berbual. Perasaan cemburu mula menjalar dalam jiwa. Walaupun Kevin cuma sahabat karibnya sejak tahun pertama di universiti, namun, dia tidak dapat menafikan bahawa dia mulai menyukai temanya itu.
                Oleh sebab itulah perasaan cemburu itu menguasai dirinya. Dia pernah mendengar khabar mengatakan bahawa Suzy dan Kevin bercinta. Pernah juga dia mengutarakan soalan itu kepada Kevin, namun jawapan Kevin cuma menambahkan lagi persoalan dalam benak fikirannya.
                “Kalau kau dengar aku ada apa-apa hubungan istimewa dengan perempuan lain, itu semua tidak  benar, “ tegas suara Kevin untuk meraih kepercayaan Iu. Tapi, apa yang dimaksudkan oleh Kevin?
“Hubungan istimewa dengan perempuan lain? “adakah Kevin benar-benar mempunyai kekasih? Satu saolan yang tidak dapat dirungkaikan oleh Iu dari dulu hingga sekarang. 
“Kau nie nape? Aku tengok dari tadi macam orang tengah angau. Kau ingat kat sape tu? Aku erk? “ Iu kembali ke alam nyata. Dia terkejut melihat muka Kevin yang sudah berada di hadapan mukanya. Mukanya merah menahan malu.
“a ar…aku tengah angau..angau bercinta dengan sorang mamat nie “ Iu menjawab dalm kegugupan. Matanya sengaja dilarikan dari pandangan Kevin.
Berkerut dahi Kevin mendengar pernyataan yang kawannya itu. Setahunya, Iu tidak mempunyai kekasih.
“Siapa ? “ ringkas soalan Kevin meminta kepastian.
“Ala… siapa lagi kalau bukan Yoseob..! Vocalist kumpulan B2st tu…dia dah lamar aku kelmarin..hujung bulan nie nanti,  kitorang kahwin! “ jawapan Iu mengundang ketawa Kevin.
"Kau nie kan...sengaja nak makan kaki aku nie...hahaha" Kevin ketawa senang.
Dalam hati , Iu gembira akan keakraban mereka berdua. Namun, dia tidak pasti. Bagaimanakah persaan Kevin terhadap dirinya? Adakah sekadar teman, atau, Kevin juga menyukai dirinya?

Iu tengah khusyuk membaca buku di biliknya. Tiba-tiba, tumpuannya terganggu apabila pintu bilik diketuk kuat. Pintu dikuak. Suzy masuk lalu  duduk berhadapan dengan Iu. Iu memandang Suzy sekilas, namun tidak mempedulikannya. Dia meneruskan bacaanya yang terganggu sebentar tadi.
              “Cantik tak? “ Suzy menayangkan cincin yang tersarung di jari manisnya.
                “wow…cantik betul…kat mana kau beli nie? Pasti mahalkan? “ Iu mula menunjukkan minat. cincin perak itu sangat menarik perhatiannya.
                “thanks..nie,, Kevin bagi..dia baru jer luahkan perasaan kat i tadi.i tak tolak sebab dia nampak bersungguh-sungguh. Tak sampai hati i nak patahkan ahti dia, “ Suzy menjelaskan dengan bangga.
                Iu terdiam mendengar jawapan Suzy. Dia mencari kebenaran melalui raut wajah Suzy, namun hampa. Wajah Suzy sukar ditafsir.
                “So, sekarang nie, u mesti faham kan kenapa I jumpa u? “ suzy menyoal apabila kata-katanya tidak menjawab sebarang jawapan daripada iu.
                “Kau nak aku jauhkan diri aku daripada dia? “ Iu meneka.
                “ha..baguslah kalau u tahu.i pun malas nak buang masa..ingat,, ini amaran dari i. Jangan dekati Kevin lagi. Dia boyfriend i! “ Suzy menekankan perkataan BOYFRIEND agar Iu faham kedudukan Suzy di hati Kevin. Dia berlalu pergi dengan senyuman yang meleret.
                Namun, Iu pula sebaliknya. Air mata sudah mengalir di pipi moleknya. Adakah benar kata- kata itu? Jika benar, mengapakah Kevin tidak memberitahu kepada iu tentang perkara tersebut? Tapi, tidak mungkin bohong. Cincin yang tersarung pada jari manis Suzy itu adalah bukti.

                

                    Panggilan Kevin tidak diendahkan oleh iu. iu melajukan langkahnya untuk mengelak daripada kevin. Kevin hairan dengan sikap dingin Iu. Tidak pernah pula Iu membuatnya begitu.
                “aku ada buat salah ke?” soalan yang Kevin sendiri tidak tahu akan jawapannya.
               
                Kini, genap seminggu Kevin dan Iu tidak bertegur.setiap kali Kevin cuba mendekati Iu, Iu mulai melarikan diri. bukan setakat itu, malah SMS dan panggilan telefon tidak satu pun berbalas. Kevin mulai mati akal.
                Kebetulan, dia sedang berada di perpustakaan untuk mencari buku. Namun, masalahnya dan Iu bermain di fikiran membutakn Kevin tidak senang duduk. Dia baring di satu sudut.  cuba mengingatkan,  kalau-kalau ada perbuatannya yang salah dimata Iu.
                “kau tahu tak, Suzy cakap kat aku yang dia dan Kevin tu bercinta ?” satu suara yang datang di bahagian rak buku menarik perhatian Kevin. Dia terus memancing telinga untuk mendengar dengan lebih jelas.
                “Suzy ada gak cakap dengan aku hari tu, Kevin bagi kat dia cincin,,tanda ikatan percintaan mereka..romantik jugak mamat tu kan ? “ Kevin tidak mampu bertahan lagi. Dia berjalan ke arah dua orang pelajar perempuan yang tengah bercerita .
                Sandara dan Minzy terkejut.
                “apa maksud korang? “ Kevin menyoal. Pada mulanya, mereka tidak berani hendak bercerita. Setelah dipaksa, barulah mereka akur. Sandara menceritakan segala-galanya.

                               
        “kenapa kau buat benda bodoh nie? “ Kevin menyoal sambil tersenyum. Dia tahu,  kemarahan tidak dapat menyelesaikan masalah.
“coz I love u! I tak nak kalau u dan minah tu bercinta.! I tau u ska kat dia, dan dia pun cmtu gak. Sbab tu lar I buat cmnie!” lambat2 Suzy menjawab.
             “tapi, kau sanggup buat2 cerita?” Kevin membentak. Suzy terdiam.
  Kevin ingin berlalu namun pertanyaan Suzy menghentikan langkahnya.
  "Kevin, tak ada lagi ke ruang untuk I di hati U? tak dapat ke U bukak hati U untuk I?"soal Suzy.
 “Sorry Suzy. Aku hanya suka kan Iu. She just the only one for me! “ kata-kata Kevin menyayat hati suzy. hatinya pedih apabila kata-kata itu keluar dari mulut Kevin.
                Kevin meninggalkan Suzy yang masih membatu. Kini, dia harus mencari Iu untuk menyelesaikan salah fhm tersebut. Tidak sukar hendak mencarinya. Tidak sampai lima minit, dia sudahpun menemui Iu di tempat kegemaran Iu, bumbung universiti. tempat itulah di mana Iu selalu pergi jika berada dalam keadaan runsing, marah ataupun sedih. di situlah dunia Iu yang ke"dua".
                Kevin menapak dengan berhati-hati untuk mendekati Iu. Dia tidak mahu Iu perasan akan kehadirannya.
                “Kau tengah buat apa tu? “ pertanyaan Kevin mengejutkan Iu. Dia ingin berlalu tapi Kevin lebih cekap. Dia menarik tangan Iu dengan erat. Iu tergamam.
                “Kau nie bodoh betul lah..kenapa pelajaran kau pandai,? Tapi, benda macam nie kau bodoh pulak? “ Kevin bersuara dengan nada menyakitkan hati. Sengaja dilakukan begitu agar Iu memahami perasaannya.
                “apa maksud kau?” soal IU. 
                “kau tak ingat ke aku pernah cakap? Kalau kau dengar aku ada apa-apa hubungan istimewa dengan perempuan lain, itu semua tidak  benar, “ Kevin cuba mengingatkan kembali. Anggukan IU melegakan perasaannya.
                “so?” iu kurang mengerti.
                “aku sukakan kau lr..Only U.. Cerita aku dan suzy tu tak benar. Dia sengaja mereka cerita agar kau lari dari aku..tak sangka pulak kau percaya... “ kata-kata Kevin membuatkan Iu tergamam.
                “jangan main-main lar! “ Iu segera menepis tangan Kevin yang masih erat memegang tangannya. dia gelabah apabila mendengar pengakuan daripada Kevin.
                “aku tak main2 lar! Ini bukti cinta aku! “ Kevin melutut sambil mengeluarkan sebentuk cincin dari poketnya. Iu terpaku.
                “Will you be mine? “ soalan Kevin disambut dengan linangan air mata Iu. 
                "Kau dah gila ke?" Iu memukul kepala Kevin dengan lembut.
                Kevin tidak faham lalu mengerutkan dahinya.
                "Jangan lah nak romantik sangat dengan aku..geli aku..bak sini cincin tu...aku tak nak jadi milik kau..aku nje milik mak bapak aku tau.."gurau Iu.
                Kevin tersenyum, menampakkan lesung pipitnya yang comel. Dia gembira kerana luahan hatinya diterima oleh Iu. Dia berharap, cinta antara mereka berdua akan berkekalan.
                “Friend,, I really in love with u!”jerit Kevin lalu memeluk erat Iu.
Posted by ellia at 11:40 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Pet Hamster

  • Home

Followers

Blog Archive

  • ►  2015 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (6)
    • ▼  November (1)
      • Friend,, I LOVE U..!!
    • ►  August (5)

About Me

My photo
ellia
i always happy but sometimes, i feel really tension.. hehe..
View my complete profile
]]>
Powered by Blogger.